Utusan Borneo (Sarawak)

TUGAS:

Pindaan perbetul keputusan Mahkamah Persekutua­n mengenai kes tanah NCR

-

KUCHING: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah 2018 ( LCAB) adalah bertujuan menekankan dan memperbetu­lkan keputusan Mahkamah Persekutua­n mengenai kes berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, mengambil contoh kes Tuai Rumah Sandah di mana mahkamah telah memutuskan bahawa adat kaum Iban iaitu Pemakai Menoa dan Pulau Galau tidak mempunyai kuasa undangunda­ng.

Katanya, ia juga bermaksud bahawa adat Pemakai Menoa dan Pulau Galau oleh kaumkaum yang terlibat tidak memberi sebarang hak kepada tanah tersebut.

“Sebenarnya Kerajaan Sarawak boleh memutuskan untuk tidak meminda LCAB dan meneruskan keputusan Mahkamah Persekutua­n kerana ia tidak melanggar manamana syarat.

“Namun, memandangk­an sentimen dan maklum balas daripada kaum-kaum yang terlibat mengenai keputusan Mahkamah Persekutua­n tentang kes Tuai Rumah Sadah, maka Kerajaan Sarawak telah melakukan tindakan yang proaktif dengan membuat keputusan meminda LCAB bagi memberi kuasa undangunda­ng terhadap adat Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

“Memandangk­an terdapat banyak istilah yang digunakan untuk merujuk kepada Pemakai Menoa dan Pulau Galau oleh pelbagai kaum, istilah yang diputuskan untuk pindaan Rang Undang-Undang ialah ‘Native Territoria­l Domain’ (NTD) atau domain kawasan peribumi untuk digunakan oleh semua kaum demi mengelak sebarang kekeliruan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n LCAB yang dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Kata Safiee, selain itu, pindaan ke atas rang undangunda­ng itu juga penting untuk memastikan hak ke atas tanah adat akan terus terpelihar­a.

“Kegunaan tanah di bawah pindaan ini hendaklah dikekalkan seperti kegunaan asal supaya ia akan dapat terus diwarisi generasi akan datang.

“Maka itu, saya mencadangk­an agar satu mekanisme dibentuk untuk memastikan tidak ada penyalahgu­naan ke atas kelulusan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia