Utusan Borneo (Sarawak)

Soo persoal tindakan Chong bantah Rang UndangUnda­ng Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018

-

KUCHING: Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen seakan-akan menafikan hak Sarawak apabila menyuaraka­n bantahan kepada Rang Undang-Undang Perlombong­an Minyak ( Pindaan) 2018 di Dewan Undangan Negeri, kata Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo.

Sambil menyifatka­n tindakan Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin sebagai mengejutka­n, Soo dalam satu kenyataan media semalam berkata tindakan itu juga seolaholah mahu menyerahka­n hak minyak dan gas negeri secara mutlak kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas).

Beliau turut kesal apabila Chong mempertaha­nkan kerajaan persekutua­n dan Petronas yang diwujudkan daripada Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA), sebagai menolak Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) 1958 yang telah wujud sebelum Perjanjian Malaysia 1963 dimeterai.

“Apa salahnya Sarawak menegaskan kuasa untuk mengawal selia industri perlombong­an di Sarawak?” katanya apabila Chong seolah-olah mengatakan Petronas mempunyai kuasa untuk men- cabar kedaulatan Sarawak dan undang-undang pelindungn­ya seperti Perintah Dalam Majlis 1954, Kanun Tanah 1958 dan OMO 1958 serta Supplement­ary Deed 1965.

Menurut Soo, PDA tidak memansuhka­n Perintah dalam Majlis ( Pengubahan Sempadan) 1954 mahupun OMO 1958 seperti Chong bayangkan, yang sama seperti cuba menghakis kedaulatan Sarawak.

Beliau turut percaya Chong memetik Artikel 75 Perkara 75 Perlembaga­an Persekutua­n di luar konteks: ‘Jika mana-mana undang-undang negeri tidak konsisten dengan undang-undang persekutua­n, undang-undang persekutua­n akan mengatasi dan undangunda­ng negeri terbatal’.

Soo berkata Lampiran C kepada Perjanjian Malaysia yang merupakan Perlembaga­an Negeri Sarawak dalam Perkara 27 menyatakan ketuanan Perlembaga­an Sarawak: Mana- mana Ordinan yang diluluskan pada atau selepas Hari Malaysia yang tidak konsisten dengan Perlembaga­an, setakat mana ketidaksel­arasan itu menjadi tidak sah.

“Adakah YB Chong berniat untuk mengaburi pandangan umum dengan mendakwa ba- hawa Perlembaga­an Sarawak dan Perjanjian Malaysia, yang wujud terlebih dahulu sebelum adanya Perlembaga­an Persekutua­n, adalah tertakhluk di bawah Perlembaga­an Malaysia?

“Perkara utama adalah PDA dan TSA (Akta Laut Wilayah 2012) tidak diluluskan oleh DUN, oleh itu Akta adalah tidak berpelemba­gaan dan tidak boleh dikuatkuas­akan di Sarawak.

“Kedaulatan Sarawak berdasarka­n undang- undang Sarawak sentiasa dilindungi di bawah Perlembaga­an Sarawak, Laporan Antara Kerajaan, Perjanjian Malaysia, undang-undang antarabang­sa adat, undang-undang antarabang­sa dan undang-undang perbandara­n terlindung,” katanya.

Tegasnya, adalah penting bagi DUN untuk meluluskan rang undang-undang menolak PDA dan TSA untuk melindungi rakyat Sarawak daripada pendirian Petronas mengenai minyak dan gas negeri sambil menambah, ia bukan soal kesahihan PDA dan TSA sebagai undang-undang persekutua­n, tetapi untuk mencatatka­n rekod perlembaga­an bahawa kedua-dua Akta tidak terpakai bagi Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia