Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RMM Permy 3 bukan di bawah SPNB

SPNB nafi dakwaan bahawa ia bertanggun­gjawab terhadap projek dianggap projek gajah putih itu

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Syarikat Perumahan Negara Berhad ( SPNB) menafikan bahawa projek perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) yang dikatakan projek gajah putih di Permy 3, Kuala Baram adalah di bawah tanggungja­wab syarikat berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarka­n susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu berpangkal­an di Kuala Lumpur pada Rabu, 11 Julai yang melaporkan projek itu di bawah syarikat terbabit, hanya terdapat mercu tanda ‘Permy 3’ serta dipenuhi semak-samun.

Menurut Pegawai Perhubunga­n SPNB Sarawak Wan Habeeb Alli Wan Yep Mohdzar, akhbar tersebut mendakwa pihak SPNB bertanggun­gjawab terhadap projek berkenaan yang mempu- nyai 241 unit RMM berharga antara RM50,400 hingga RM59,240 yang dicadangka­n dibina di Permy 3 pada majlis pelancaran­nya kira-kira tiga tahun lalu dan dijadualka­n siap dalam tempoh 24 bulan.

“Ingin pihak kami tegaskan bahawa itu bukanlah projek di bawah SPNB. Ia adalah tanggungja­wab syarikat perumahan tempatan yang lain dan bukannya pihak kami.

“Diharapkan orang ramai khususnya warga Miri yang terlibat mengambil borang bagi permohonan RMM berkenaan jelas mengenai perkara tersebut.

“Perkara i ni akan menjejaska­n imej SPNB jika tidak diberi penjelasan,” tegasnya kepada Utusan Borneo semalam.

Ujarnya, laporan berkenaan sepatutnya perlu mendapatka­n pengesahan daripada pihaknya

Ingin pihak kami tegaskan bahawa itu bukanlah projek di bawah SPNB. Ia adalah tanggungja­wab syarikat perumahan tempatan yang lain dan bukannya pihak kami. Wan Habeeb Alli Wan Yep Mohdzar Pegawai Perhubunga­n SPNB Sarawak

terdahulu sebelum membuat andaian dalam laporan akhbar tersebut.

Jelas Wan Habeeb, SPNB telah melaksanak­an projek RMM dengan 963 unit bagi fasa pertama di Vista Perdana Miri yang telah siap dan dijual serta diserahkan kepada pembeli pada 2010.

“Manakala untuk projek fasa kedua pula, iaitu 789 unit dan 98 peratus telah dijual pada pelancaran­nya Julai 2016.

“Ia dijangkaka­n siap pada Ogos ini dan menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan,” katanya sambil menambah, unit perumahan itu dijual di bawah harga RM300,000.

Malah tambahnya, SPNB turut bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak untuk memberi sebuah rumah teres satu tingkat kepada bekas Raja Pecut Malaysia Watson Nyambek dan replika kunci rumah telahpun diserahkan kepada Watson oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada Oktober 2016.

“Rumah tiga bilik berkenaan merupakan antara 789 unit yang dibangunka­n oleh SPNB Aspirasi Vista Perdana Fasa Dua iaitu sebahagian daripada anak syarikat SPNB oleh kontraktor utama kami iaitu Kumpulan Syarikat Naim, sebagai anugerah dan pengiktira­fan sumbangan beliau (Watson) dalam bidang sukan di Sarawak.

“Tok Nan pada masa itu turut gembira dengan insiatif yang kami berikan,” ujarnya.

 ??  ?? SIAP OGOS 2018: Pandangan atas projek perumahan Vista Perdana fasa dua di bawah tanggungja­wab SPNB.
SIAP OGOS 2018: Pandangan atas projek perumahan Vista Perdana fasa dua di bawah tanggungja­wab SPNB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia