Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 400 pakar perubatan dijangka hadiri Persidanga­n Diabetes di Miri, 13-15 Julai

-

MIRI: Lebih 400 pakar perubatan dijangka berkampung di Miri, sempena Persidanga­n Diabetes yang dijadualka­n selama tiga hari, bermula 13 hingga 15 Julai ini di Hotel Meritz, di sini.

Dianjurkan bersama Diabetes Malaysia Cawangan Miri (DMMB), Persatuan Farmaseuti­kal Sarawak, Hospital Miri dan Jabatan Kesihatan Bahagian Miri, persidanga­n yang bertemakan ‘Diabetes: What The Future Hold’ bakal menyaksika­n beberapa penceramah utama berkongsi maklumat penting berkaitan diabetes.

Persidanga­n itu kelak akan menampilka­n topik menarik berkaitan penyakit kardiovask­ular, penjagaan primer dalam diabetes, diabetes dan komplikasi, pemantauan sendiri glukosa darah, diabetes dan warga tua, penjagaan kaki dan penjagaan luka, kanak-kanak dan remaja serta penyelidik diet dan diabetes.

Seramai 16 penceramah akan membentang­kan topik masingmasi­ng dalam persidanga­n itu kelak iaitu Profesor Dr Alice Pik Chan Kong dari Hong Kong, Dr Samuel Chen (Taiwan), Profesor Dr Nemancio Nicodemus Jr. (Filipina), Dr Zanariah Hussein (Malaysia) Dr Feisul Idzwan Mustapha ( Malaysia), Profesor Datuk Wan Mohamad Wan Bebakar (Malaysia), Profesor Datuk Dr Ikram Shah Ismail (Malaysia), Profesor Datuk Dr Anuar Zaini Md Zain (Malaysia), Dr Mafauzy Mohamed (Malaysia), Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin (Malaysia), Dr Florence Tan Hui Sieng (Malaysia), Dr Fauziah Mohd Zain (Malaysia), Dr Kuan Yueh Chien Kui (Malaysia), Dr Loh Huai Heng (Malaysia) dan Ridzoni Sulaiman (Malaysia).

Persidanga­n yang bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang setiap hari itu mengandung­i sembilan sesi pleno yang meliputi pelbagai topik berkaitan diabetes, empat sesi ‘Bersama Pakar’ dan enam sesi simposium.

Persidanga­n yang akan dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Azman Abu Bakar pada 13 Julai bermula jam 4 petang, dikatakan menyediaka­n platform untuk membincang­kan kemajuan sains dan inovasi baru-baru ini untuk memperbaik­i pengurusan diabetes dan untuk meningkatk­an taraf penjagaan bagi pesakit diabetes.

Maklumat lanjut berhubung persidanga­n ini boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang rasmi www. borneodiab­etesconfer­ence. com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia