Utusan Borneo (Sarawak)

Guru harus berubah seiring kemajuan teknologi

Mereka tidak lagi wajar sekadar guna buku teks dan papan tulis untuk sesi pengajaran di bilik darjah

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Guru tidak lagi wajar sekadar menggunaka­n buku teks dan papan tulis untuk sesi pengajaran di bilik darjah sebaliknya berubah seiring dengan kemajuan teknologi semasa.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Miri Sharini Mastura Mohamed Zulkifli berkata, guru harus memanfaafk­an segala wahana yang ada seperti capaian Internet dan teknologi komputer dalam tugas menyampaik­an ilmu.

Di samping itu, pengajaran dan pembelajar­an guru juga haruslah mampu memberi keberkesan­an yang ampuh dari segi pemahaman murid dan aplikasiny­a.

“Perubahan zaman memperliha­tkan akses kepada ilmu pengetahua­n sebenarnya dapat dicapai dengan begitu pantas melalui teknologi maklumat dan komunikasi yang pesat ketika ini,” katanya.

T e k s u c a p a n n y a d i b a c a k a n P e n o l o n g Penyelia Kokurikulu­m PPD

Sharini Mastura Mohamed Zulkifli Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Miri

Miri Zahirul Jazmi pada Pertanding­an Pidato Guru, Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Miri semalam.

Sharini menarik perhatian bahawa proses pendidikan di dalam bilik darjah amat menekankan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar.

“S a y a m e n y e d a r i Kementeria­n Pendidikan sendiri telah menekan konsep pembelajar­an abad ke-21 yang lebih menyeronok­kan murid dan memberikan impak tinggi dari segi keberkesan­annya,” jelasnya.

Sharini juga memuji keberanian guru menyahut c a b a r a n m e n y e r t a i pertanding­an itu kerana bukan mudah untuk peserta bercakap di khalayak ramai tanpa bekalan ilmu dan keyakinan tinggi.

P e r t a n d i n g a n i t u menyaksika­n Mardianto Hamid dari Kolej Tunku Haji Bujang menjuarai kategori bahasa Melayu manakala Nurshafina­z Mothardzar dari SMK Lutong menjadi naib juara.

Tempat ketiga pula milik Jordan Maria dari SMK Chung Hua manakala Ibrahim Hermanto Jepon (SMK Baru) berada di tempat keempat.

Bagi kategori bahasa Inggeris, Elaine Rani Chiam (SMK Lutong) ditabal sebagai juara sementara naib juara dan tempat ketiga masing-masing milik Tan Soo Kang (SMK Pujut) dan Marcel Roma Janting (SMK Baru).

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbira­n Henry Jini, Penolong Kanan Tingkatan 6 Hii Yew Ding, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Amanda Chong Lee Ngo dan PenolongKa­nanKokurik­ulum Siti Akmaliah Mohd Amin.

 ??  ?? TAHNIAH: Zahirul (lima kiri) bersama pemenang-pemenang Pertanding­an Pidato Guru Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Miri di SMK Baru semalam.
TAHNIAH: Zahirul (lima kiri) bersama pemenang-pemenang Pertanding­an Pidato Guru Sekolah-Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Miri di SMK Baru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia