Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 80 orang menderma darah di Sibu

-

SIBU: Lebih 80 orang mengambil bahagian dalam Kempen Derma Darah anjuran Kelab Sukan & Sosial Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) di Tingkat 24, Wisma Sanyan di sini semalam.

Pengerusi Penganjur kempen berkenaan Jessie Ting berkata, kebanyakan mereka yang hadir adalah kakitangan­Mafrica, Lembaga Pelabuhan Rajang, Pejabat Residen, Pejabat Daerah Sibu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MPS.

Katanya, objektif utama kempen tersebut dianjurkan adalah untuk membantu m e n g a t a s i m a s a l a h kekurangan bekalan darah khususnya di Hospital Sibu.

“Penganjura­n kempen seumpama ini adalah platform terbaik untuk kita bersamasam­a membantu golongan yang memerlukan bekalan darah,” katanya.

Menurut Jessie, menderma darah bukan sahaja contoh amalan mulia tetapi juga dapat mengurangk­an risiko pelbagai jenis penyakit termasuk kanser.

Ujar beliau lagi, kempen seumpama itu merupakan salah satu aktiviti kelab yang dianjurkan setiap tahun.

Hadir sama pada program berkenaan ialah presiden kelab Tonny Wong.

 ??  ?? SAHUT SERUAN: Salah seorang peserta yang mengambil bahagian pada kempen berkenaan.
SAHUT SERUAN: Salah seorang peserta yang mengambil bahagian pada kempen berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia