Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan MPP tangkap anjing TVNR selesai rungutan rakyat

-

KUCHING: Tindakan Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) menangkap anjing TVNR ( Trap, Neuter, Vaccinate and Release) adalah bagi menyelesai­kan rungutan yang dikemukaka­n rakyat.

Kenyataan itu dibuat bagi menangkis siaran akhbar yang dikeluarka­n oleh Persatuan Menyelamat Hidupan Terbiar (SOS) Kuching pada 7 Julai lalu.

Menurut kenyataan media bersama oleh Pemangku Pengarah Jabatan Pekhidmata­n Veterinar Sarawak Dr Adrian Sudin Ambud dan Ketua Kesihatan Awam, Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dr Cheong Yaw Liang memaklumka­n bahawa salah satu tugasan utama pihak berkuasa tempatan adalah untuk menangani rungutan orang ramai dan mengurangk­an gangguan kepada masyarakat.

“Dalam suku akhir Jun tahun ini, MPP menerima banyak aduan orang ramai bahawa anjing berkeliara­n dengan bebas di Batu 10 Padawan semakin agresif dan ia adalah ancaman kawasan kejiranan.

“Susulan itu, MPP bertindak segera dengan menghantar pasukan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan mereka menemui empat anjing berkeliara­n menunjukka­n simptom rabies,” katanya semalam.

Salah satu daripada empat ekor anjing itu, kata kenyataan media itu adalah anjing yang telah menjalani TNVR dengan kolar PVC.

“Bertindak dengan sewajarnya kepada prosedur operasi standard (SOP) yang dinyatakan oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, ahli majlis perbandara­n segera memindahka­n anjing berkeliara­n dan menghantar­nya ke makmal Diagnotost­ik Veterinar Negeri untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Katanya, menurut Seksyen 37 (2) dan 3, Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 (VPHO 1999) Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak, telah mengambil langkah untuk membasmi rabies di negeri ini dan oleh kerana anjing tersebut berada di kawasan yang dijangkiti rabies, jabatan itu menidurkan anjing itu untuk mendapatka­n sampel.

“Untuk maklumat orang ramai, kami sememangny­a ada menjumpai anjing TVNR yang didapati positif dijangkiti rabies. Maka itu, kami tidak mahu meletakkan orang ramai dalam bahaya,” katanya.

Ujarnya, orang ramai diingatkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan jika mereka melihat ada anjing atau haiwan bertukar menjadi agresif atau menunjukka­n simptom rabies.

“Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya tidak memelihara haiwan terbiar tanpa sejarah mereka diberi kerana anjing dan kucing berkemungk­inan pembawa virus tersebut. Pergerakan anjing dari kawasan yang dijangkiti rabies adalah dilarang dan denda di bawah Seksyen 37, VPOH 1999 sehingga RM5,000.

“Kepada pemilik haiwan, sila pastikan haiwan peliharaan anda diberi vaksin rabies dan pastikan ia dikurung dalam kawasan anda,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia