Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bawa haiwan peliharaan khususnya anjing ke taman awam

-

SIBU: Orang ramai ditegah daripada membawa haiwan peliharaan terutama anjing ke taman-taman awam kerana perbuatan itu dikhuatiri boleh mencemar serta mengganggu pengunjung lain.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain memberi nasihat itu berikutan tindakan segelintir pemilik yang membawa serta membiarkan haiwan peliharaan mereka membuang najis sembaranga­n di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

“Orang ramai dinasihati agar tidak membawa haiwan peliharaan ke taman-taman awam kerana bimbang haiwan itu akan membuang najis merata-rata.

“Ini boleh menjejaska­n p e r s e k i t a r a n t a m a n memandangk­an taman awam adalah tempat untuk kita bersantai dan menghirup udara segar,” ujarnya.

Rogayah juga menasihati pemilik haiwan peliharaan agar lebih bertanggun­gjawab sekiranya haiwan peliharaan mereka itu membuang najis di taman awam.

Menurut seorang pengguna taman, beliau agak kecewa dengan sikap segelintir pemilik haiwan peliharaan yang dilihat tidak bertanggun­gjawab serta sengaja membiarkan haiwan peliharaan mereka membuang najis sesuka hati.

Lebih mengecewak­an katanya, persekitar­an taman awam menjadi tercemar apabila ada pengunjung lain yang terpijak najis terbabit.

“Sebagai pengunjung dan pemilik haiwan peliharaan, kita harus lebih bertanggun­gjawab dalam menjaga taman awam ini bersama-sama,” ujarnya yang enggan dikenali.

 ??  ?? JAGA KERBERSIHA­N: Dataran Bandar Sibu Fasa I yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai dan bersenam.
JAGA KERBERSIHA­N: Dataran Bandar Sibu Fasa I yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai dan bersenam.
 ??  ?? SOKONGAN: Penaja menyerahka­n tajaan gula dan beras kepada penganjur.
SOKONGAN: Penaja menyerahka­n tajaan gula dan beras kepada penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia