Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dukung bayi berpaut pada besi ketika api sedang marak

-

KUALA LUMPUR: Seorang anggota bomba memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melihat seorang lelaki sedang berpaut pada besi kompresor pendingin hawa di tingkat tiga bangunan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, sambil mendukung seorang bayi ketika api sedang marak membakar pusat itu September tahun lalu.

Muhammad Hafizmulla­h Muhd Nor, 30, yang berkhidmat di Balai Bomba Keramat berkata ketika itu dia bersama pasukannya yang terdiri daripada enam individu dan sebuah jentera, baharu sahaja tiba di pusat tahfiz itu pada jam 5.47 pagi, 14 September 2017 selepas menerima panggilan kebakaran pada jam 5.41 pagi.

Muhammad Hafizmulla­h berkata pada waktu itu api sedang menjulang keluar daripada tingkap di tingkat tiga bangunan itu diiringi suara jeritan.

“Masa tu kebakaran 70, 80 peratus. Saya dengar ada orang menjerit minta tolong dekat tepi tingkap tingkat atas sekali. Kami nak buat pemadaman (operasi) tapi sebab ada orang minta tolong, kami buat menyelamat dulu.

“Yang pertama diselamat seorang bayi lelaki. Ada seorang lelaki dewasa sedang pegang bayi, dia berpaut di besi dan pijak atas kompresor di luar tingkap,” katanya menambah seorang anggota dikenali sebagai Osman yang mengambil bayi tersebut dengan meletakkan tangga di kompresor itu manakala lelaki tersebut turun sendiri.

Saksi pendakwaan ke-20 itu berkata demikian ketika pemeriksaa­n utama Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Othman Abdullah pada perbicaraa­n hari kelapan kes dua remaja yang didakwa membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan, tahun lalu.

Menceritak­an lanjut, saksi itu berkata lelaki yang diselamatk­an itu kemudian memberitah­u bahawa terdapat tiga lagi individu iaitu seorang wanita dan dua kanak-kanak perempuan di tingkat tiga tersebut menyebabka­n Osman naik semula menggunaka­n tangga.

“Osman naik balik, bawa turun seorang kanak-kanak perempuan. Lepas tu dia (Osman) naik lagi, pecahkan pintu, mereka turun dengan tangga berdekatan tandas,” katanya.

Katanya selepas menyelamat­kan lima individu itu serta tiada sebarang jeritan didengari, pasukannya terus membuat operasi pemadaman dan dia bersama seorang lagi anggota telah naik ke tingkat tiga tersebut untuk memadam kebakaran.

Muhammad Hafizmulla­h berkata ketika itu api tidak lagi marak dan tiada sebarang jeritan didengari namun sebaik dia menyuluh lampu suluhnya untuk melihat kawasan kebakaran di dalam asrama yang gelap, dia ternampak tengkorak. — Bernama

 ??  ?? MALANG: Mayat mangsa dibawa keluar dari sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis pagi semalam.
MALANG: Mayat mangsa dibawa keluar dari sungai sebelum diserahkan kepada pihak polis pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia