Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir kilat selepas ribut landa Miri

-

MIRI: Ibu bapa yang menghantar anak- anak ke sekolah pagi semalam panik selepas beberapa jalan raya dilanda banjir kilat setinggi dua kaki.

Mereka yang menghantar anak ke sekolah SMK Lutong, Chung Hua Lutong dan SK Lutong terpaksa mencari jalan lain kerana bimbang anak-anak terlewat tiba di sekolah.

“Saya menghantar anak ke sekolah dan melihat banyak kenderaan berpatah balik kerana jalan utama Desa Senadin Lutong turut dinaiki air,” kata Juliana Mohamad.

Dia juga terkejut selepas mendapati air bah sehingga dua kaki setengah berhampira­n Kampung Senadin Jaya dan Terminal Petronas Lutong.

Salah seorang lagi pengguna laluan sama Adam Hamdan berkata, ia adalah jalan alternatif yang disering digunakan bagi mengelakka­n kesesakan pada waktu puncak.

Menurutnya, jalan itu menjadi pilihan kepada pengguna jalan raya untuk ke tempat kerja berbanding jalan utama.

Tinjauan mendapati lebih 50 kenderaan berpatah balik selepas jalan raya dari Kampung Senadin Jaya Lutong ke Pejabat Shell Berhad Lutong dan sekitarnya dilanda banjir kilat.

Hujanlebat­sepanjangm­alam kelmarin turut menyebabka­n jalan Taman Bayshore ke pekan Lutong turut dinaiki air setinggi dua kaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia