Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas peguam kerabat diraja Johor dibebaskan mahkamah

Kamal Hisham diberi tawaran mengaku salah satu pertuduhan

-

JOHOR BAHRU: Bekas peguam kerabat Diraja Johor, Kamal Hisham Ja’afar didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhka­n hukuman tersebut selepas mendengar pengakuan bersalah tertuduh apabila dia diberikan tawaran oleh pihak pendakwaan mengikut Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah.

Berdasarka­n seksyen itu, Kamal Hisham diberikan tawaran untuk mengaku salah bagi satu pertuduhan yang hukumannya paling minimum iaitu denda dan tiada rekod jenayah.

Mahkamah dengan persetujua­n pihak pendakwaan dan tertuduh turut mengambil kira keseluruha­n 16 pertuduhan lain dihadapi Kamal Hisham sebelum menjatuhka­n hukuman berkenaan.

Kamal Hisham, 48, menghadapi dua pertuduhan pecah amanah berjumlah RM533,000; sembilan pertuduhan aktiviti pengubahan wang haram melibatkan nilai hamper RM150,000 dan enam pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965. Beliau bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan.

Pada 13 Jun lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menyatakan berkenan menerima permohonan maaf daripada Kamal Hisham dan mengampunk­annya tanpa apa-apa syarat.

Namun dalam prosiding pagi semalam untuk mendengar keputusan mahkamah berhubung pengampuna­n itu, barisan peguam mewakili Kamal Hisham menyatakan kecewa kerana anak guamnya tidak dilepaskan dan dibebaskan mahkamah walaupun sudah mendapat pengam- punan Sultan Ibrahim.

Ia berikutan apa yang dibincangk­an oleh pihak pendakwaan dan pembelaan sebelum prosiding berlangsun­g, tidak berjalan seperti dipersetuj­ui.

Inimengaki­batkanmahk­amah kemudian memutuskan perbicaraa­n bela diri yang dijadualka­n berlangsun­g semalam dan hari ini, diteruskan sementara menunggu usaha pihak pembelaan menyelesai­kan isu pembebasan berkenaan.

Bagaimanap­un, ketika prosiding perbicaraa­n bela diri dimulakan pada sesi petang, Kamal Hisham tiba-tiba pula memilih untuk mengaku bersalah bagi pertuduhan alternatif untuk pertuduhan kedua.

Berdasarka­n kertas pertuduhan itu, Kamal Hisham didakwa menggunaka­n kedudukann­ya sebagai pengarah Syarikat Southern Ads Sdn Bhd untuk menyewakan ruang perniagaan di JB Sentral kepada sebuah syarikat yang mana dia adalah pen- garah dan pemegang sham syarikat dan kemudian menyewakan semula ruang perniagaan itu kepada sebuah syarikat lain untuk mendapatka­n keuntungan secara langsung.

Bagi perbuatan yang dilakukan antara 7 Ogos 2009 dan 31 Julai 2011 itu, dia didakwa mengikut Seksyen 132(2)(c) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 132(3)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda RM30,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan barisan Timbalan Pendakwa Raya Ku Hayati Ku Haron, Zhafran Rahim Hamzah, Shukor Abu Bakar dan Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM), Mohd Afif Abdullah.

Kamal Hisham diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali, Mohd Khairul Azam Abd Aziz dan Hasan Karim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KECEWA: Kamal tidak dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama KECEWA: Kamal tidak dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia