Utusan Borneo (Sarawak)

Hong Kong tolak permintaan Singapura untuk serah Jho Low

-

SINGAPURA: Hong Kong menolak permintaan Singapura untuk membantu menangkap ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho, yang didakwa sebagai orang utama terlibat dalam skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), pada April 2016.

Singapura sedar tentang laporan berita bahawa tiada permintaan dibuat oleh Singapura, kepada Hong Kong, bagi menangkap dan mengekstra­disi Low.

“Laporan ini tidak benar,” kata polis Singapura dalam satu kenyataan semalam.

“Kami mengeluark­an waran tangkap ke atas Low pada April 2016, berikutan siasatan dan tuduhan terhadap beliau kerana kesalahan pengubahan wang haram dan secara tidak jujur menerima harta curi.

“Pada bulan yang sama, bertindak atas maklumat yang diterima, kami menghantar permintaan kepada Jabatan Kehakiman Hong Kong untuk permintaan bagi penangkapa­n bersyarat Low di bawah Perjanjian antara Kerajaan Republik Singapura dengan Kerajaan Wilayah Pentadbira­n Khas Hong Kong Republik Rakyat China bagi penyerahan Pesalah Fugitif.

“Permintaan Singapura itu ditolak oleh pihak berkuasa Hong Kong,” katanya.

Pada Oktober 2016, polis Singapura berkata ia juga memohon penerbitan satu Notis Merah INTERPOL terhadap Low.

Notis sedemikian merupakan permintaan oleh sesebuah negara anggota bagi mengesan dan menangkap secara bersyarat seseorang berasaskan waran tangkap nasional yang sah.

Hingga kini, kedua- dua waran tangkap dan Notis Merah INTERPOL terhadap Low masih berkuat kuasa.

“Low kekal sebagai orang kepentinga­n utama kepada Singapura dalam siasatan berkaitan 1MDB yang sedang berjalan,” katanya.

Adalah dilaporkan bahawa Low dan keluargany­a dibenarkan menyelinap keluar dari Hong Kong ke Macau oleh kerana tiada permintaan formal oleh Malaysia atau Singapura bagi penangkapa­nnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia