Utusan Borneo (Sarawak)

ADUN Seri Delima terima ugutan bunuh

-

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima Syerleena Abdul Rashid menerima ugutan bunuh di pusat khidmatnya di Gelugor, di sini petang kelmarin.

Syerleena, 38, berkata nota ugutan itu dijumpainy­a bersama timbunan surat di peti surat pusat khidmatnya itu pada jam 3.30 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong pada jam 7 malam hari sama.

Beliau tidak mengetahui motif nota itu dihantar dan tidak menolak kemungkina­n ia berkait dengan fitnah terhadapny­a yang tular dalam Facebook sejak Mac tahun lepas, kononnya beliau akan menyerang institusi Islam terutamany­a Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) demi DAP.

Walau telah menyangkal fitnah itu, ia mula timbul semula pada April lepas sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata ini adalah pertama kali beliau menerima ugutan sedemikian dan berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar mengesahka­n menerima laporan berhubung perkara itu dan kes disiasat menurut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengeta- hui motif sebenar dan suspek yang terlibat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UGUTAN: Delima menunjukka­n nota ugutan bunuh dan salinan muat naik media sosial yang cuba menggambar­kan beliau musuh Islam semasa mengadakan sidang akhbar di pusat khidmat beliau di Jalan Delim, George Town, semalam.
— Gambar Bernama UGUTAN: Delima menunjukka­n nota ugutan bunuh dan salinan muat naik media sosial yang cuba menggambar­kan beliau musuh Islam semasa mengadakan sidang akhbar di pusat khidmat beliau di Jalan Delim, George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia