Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beranak warga Thai dipenjara simpan jerat dan kura-kura liar

-

KUALA TERENGGANU: Dua beranak warga Thailand dihukum penjara empat tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 ( Akta 716) Jun lalu.

Tertuduh, Canthi Cantupa, 44, yang juga bapa kepada tertuduh kedua, Pipop Cantupa, 18, dituduh menyimpan 13 utas jerat dawai dan menyimpan Kura-kura Duri Bukit dalam kawasan Hutan Simpan Jengai, Dungun 21 Jun lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1)(a) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(2)(a) serta melakukan kesalahan di bawah Seksyen 68(1)(a) Akta Pemulihara­an Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Bagi kedua-dua kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum di bawah akta yang sama yang memperuntu­kkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Hakim Azman Mustapha kemudian menjatuhka­n hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan namun membenarka­n hukuman dijalankan serentak mulai tarikh tertuduh ditangkap.

Kedua-dua tertuduh yang berpakaian penjara berwarna ungu kemudian mengangguk tanda faham mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka selepas dibacakan oleh penterjema­h Bahasa Thai.

Mereka dihantar ke Penjara Marang bagi melaksanak­an hukuman penjara bermula semalam.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Perhilitan Terengganu, Zaitul Hazlin Mat Jusoh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGAKU BERSALAH: Canthi (dua kanan) dan anaknya Pipop (dua kiri) dihukum penjara empat tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama MENGAKU BERSALAH: Canthi (dua kanan) dan anaknya Pipop (dua kiri) dihukum penjara empat tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia