Utusan Borneo (Sarawak)

Dera: Polis sahkan terima laporan pada 2016

-

KUANTAN: Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman mengesahka­n pihaknya pernah menerima laporan penderaan melibatkan kanakkanak berusia 10 tahun yang maut Isnin lalu, pada 2016.

Beliau berkata, polis telah melengkapk­an kertas siasatan terhadap laporan dua tahun lepas itu, namun difahamkan tiada pendakwaan dilakukan kerana kekurangan bukti.

Mengulas mengenai kejadian terbaharu mengakibat­kan kematian mangsa yang merupakan pelajar tahun empat Sekolah Chung Ching Tanah Putih di sini, Rosli berkata polis sedang melengkapk­an siasatan.

“Kami juga difahamkan adik mangsa yang berusia lapan tahun kini berada dalam jagaan neneknya di Klang, Selangor,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Raya 2018 di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang di sini, semalam.

Media kelmarin, melaporkan kematian mangsa dipercayai akibat didera ibu kandungnya di kediaman mereka di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP Othman Nayan berkata laporan bedah siasat dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) mengesahka­n kematian mangsa disebabkan salur darah pecah atau berlaku ulser pada esofagus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia