Utusan Borneo (Sarawak)

Kenakan bon jaminan gaji, elak majikan tipu pekerja: PUSMA

-

SEREMBAN: Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia ( PUSMA) semalam mencadangk­an kerajaan mengenakan bon jaminan upah kepada majikan bagi mengelakka­n mereka menghantar pulang pekerja asing tanpa membayar gaji yang tertunggak.

Presidenny­a Zarina Ismail berkata pihaknya menerima banyak aduan berhubung isu itu khususnya melibatkan pekerja domestik.

“PUSMA menerima banyak aduan majikan menghantar pulang pekerja domestik tanpa memaklumka­n kepada agensi pekerjaan yang membawa mereka masuk selepas gagal membayar gaji dalam tempoh enam bulan hingga lebih setahun kepada pekerja terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sehubungan itu katanya, pelaksanaa­n bon jaminan upah harus dijadikan antara syarat dalam kontrak pekerjaan selain majikan tidak lagi dibenarkan menghantar Memo Periksa Keluar kepada Jabatan Imigresen.

Bon jaminan itu akan dibayar balik kepada majikan apabila pekerja berhenti atau dihantar pulang, katanya.

Zarina berkata, cadangan itu adalah seiring dengan penguatkua­saan Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 bulan depan yang akan memberi lebih kuasa kepada kerajaan dalam mengawal selia kegiatan pengambila­n pekerja oleh agensi pekerja swasta.

Selain itu katanya, PUSMA juga mahu kerajaan mengenakan penguatkua­saan yang tegas terhadap agensi pekerja swasta haram yang mengambil pekerja asing tanpa lesen dan majikan yang menggunaka­n perkhidmat­an agensi terbabit.

PUSMA juga menyaranka­n kerajaan memansuhka­n pengambila­n pekerja domestik secara langsung oleh majikan kerana tindakan itu bukan sahaja bertentang­an dengan peraturan negaranega­ra seperti Indonesia dan Filipina tetapi juga boleh memburukka­n lagi masalah pemerdagan­gan manusia di negara ini.

Akta Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017 yang bertujuan mengawal selia 1,202 agensi pekerjaan swasta di negara ini selain melindungi pekerja tempatan diluluskan Parlimen pada 14 Ogos 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia