Utusan Borneo (Sarawak)

Guru perlu ada inisiatif sendiri selepas pemansuhan SKPMg2

-

SEREMBAN: Guru- guru di seluruh negeri perlu ada inisiatif sendiri dalam usaha mendidik anak bangsa walaupun siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) telah dimansuhka­n.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata, semua sekolah patuh dengan arahan daripada kementeria­n itu bagi membolehka­n tumpuan penuh diberi pada kerja mendidik.

“Di negeri ini tiada lagi mesyuarat atau seminar khusus buat guru tetapi sebagai pendidik dan pemimpin, mereka mesti mempunyai ilmu serta pendekatan yang sesuai digunakan untuk mendidik.

“Guru juga sudah semestinya perlu ada persediaan untuk mendidik supaya lebih tersusun walaupun sudah tiada lagi audit seperti sebelum ini tetapi cukup sekadar ambil yang asas sebagai panduan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia