Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Kebangsaan di Seremban Sabtu ini

-

SEREMBAN: Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 akan diadakan di padang Majlis Perbandara­n Seremban di sini pada Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari tersebut dan antaranya ialah perbarisan dan perarakan jentera bomba, pameran kebombaan, pertunjuka­n payung terjun dan pertunjuka­n pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

“Ini adalah julung kali Negeri Sembilan dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Kebangsaan. Tema sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Peringkat Kebangsaan pada tahun ini ialah ‘Bomba Tonggak Penyelamat­an Negara’.

“Acara perbarisan dan perarakan akan melibatkan lebih 3,000 pegawai dan anggota bomba termasuk Bomba Komuniti, Kadet Bomba, Guru Kadet Bomba, Bomba Sukarela, Pesara Bomba, Kelab 3K, Skuad Bomba Tahfiz, MyBomba JPP, PERISMA dan Pasukan Penyelamat NBOS,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Katanya untuk pameran kebombaan, orang ramai berpeluang menaiki jentera terbaharu ‘ aerial ladder platform’.

Beliau berkata lebih 100 jentera bomba termasuk jentera antik bomba akan menyertai perarakan pada hari tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia