Utusan Borneo (Sarawak)

Elaun Khas RM200 anggota bomba dimuktamad hujung Julai

-

PUTRAJAYA: Keputusan pemberian elaun khas RM200 sebulan kepada setiap pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat akan diketahui hujung bulan ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata satu kertas kerja berkaitan perkara itu telah dibentangk­an pada mesyuarat Kabinet dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Kementeria­n Kewangan.

Jelasnya, kemungkina­n elaun kritikal itu diluluskan adalah besar kerana ia tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan bagi Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Saya kira kebijaksan­aan (KPKT) menguruska­n kewangan membolehka­n kita mampu memperuntu­kkan elaun untuk anggota bomba. Perkara ini masih di peringkat perbincang­an dan akan dimuktamad­kan pada hujung bulan ini,” katanya selepas menerima anugerah kehormat Timbalan Kanan Pesuruhjay­a Bomba daripada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohammad Hamdan Wahid di sini, semalam.

Elaun khas sebanyak RM200 itu disyorkan oleh bekas Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar pada 21 Mac lepas bagi mengiktira­f usaha dan kerja pasukan bomba dan penyelamat menangani bencana yang meletakkan agensi itu setanding agensi penguatkua­saan lain.

Sekiranya diluluskan, elaun itu akan memberi manfaat kepada 14,761 warga kerja JBPM melibatkan peruntukka­n kira-kira RM35.4 juta setahun.

Dalam perkembang­an lain, Zuraida berkata laporan Dasar Komuniti Negara akan dibentangk­an pada mesyuarat Kabinet untuk mendapatka­n kelulusan bagi tindakan selanjutny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia