Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 100 anggota UMNO dari enam negeri lawat Najib

-

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menerima kunjungan kirakira 100 anggota UMNO dari beberapa bahagian UMNO di kediamanny­a di Jalan Langgak Duta, di sini, sejak jam 1.30 petang semalam.

Mereka merupakan wakil UMNO dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan.

“Lebih 100 anggota UMNO hadir mengunjung­i Najib hari ini (semalam),” kata Mohd Yassin Maan, 77, anggota veteran UMNO Bahagian Rasah, Negeri Sembilan.

Menurutnya, pertemuan itu sekadar untuk menziarahi dan bertanya khabar bekas presiden UMNO itu.

Sementara itu, menurut sumber yang tidak mahu dikenali Najib dijangka mengadakan majlis kesyukuran pada Sabtu ini (14 Julai) bagi menzahirka­n tanda terima kasih kepada setiap anggota UMNO atas bantuan sumbangan Tabung Harapan Najib untuk membayar baki jumlah jaminan RM500,000 di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanap­un, lokasi majlis itu belum dapat dipastikan.

Pada 4 Julai lalu, Najib, juga bekas menteri kewangan, didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa jawatan berhubung kes penyelewen­gan dana sejumlah RM42 juta milik Syarikat SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Mahkamah mengenakan ikat jamin RM1 juta ke atas beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia