Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian membantu

-

IPOH: Penjualan Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, akan ditangguhk­an buat sementara kerana perlu melakukan perbincang­an dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.

Pengasas dan pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd Kazim Elias berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.

“Saya menerima panggilan daripada pihak kerajaan negeri pagi ini (semalam) yang mahu berbincang dengan saya mengenai masalah yang dihadapi pusat ini.

“Selepas perbincang­an dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri saya akan mengumumka­n keputusan sama ada menutup atau tidak unit tahfiz pada Ogos ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penjualan unit tahfiz berkenaan yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Pusat Pendidikan Al Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah.

Pendakwah terkenal itu berkata sekiranya unit tersebut dijual notis akan dikeluarka­n dalam tempoh empat bulan bagi membolehka­n pihak yang berkenaan membuat perancanga­n.

“Untuk menutup pusat tahfiz ini bukannya hari ini cakap esok tutup. Pelajar di sini mempunyai keluarga dan kami kena beri masa untuk keluarga mereka mencari sekolah lain, begitu juga dengan 25 kakitangan di unit tahfiz ini,” katanya.

Mohd Kazim menjelaska­n penjualan unit tahfiz itu kerana beliau tidak mampu membiayai kos keseluruha­n unit berkenaan yang berjumlah kira-kira RM150,000 sebulan.

Untuk menutup pusat tahfiz ini bukannya hari ini cakap esok tutup. Pelajar di sini mempunyai keluarga dan kami kena beri masa untuk keluarga mereka mencari sekolah lain, begitu juga dengan 25 kakitangan di unit tahfiz ini. Datuk Mohd Kazim Elias Pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah

Katanya, kos tersebut membabitka­n membabitka­n RM60,000 gaji kakitangan serta guru dan selebihnya untuk bayaran kemudahan termasuk makan, minum serta pengurusan.

Beliau berkata, kos pe- ngurusan unit tahfiz tersebut dibiayai oleh wang hasil daripada kuliah dan ceramahnya bukan dana daripada pelbagai pihak termasuk parti politik.

“Saya tidak pernah meminta dana daripada manamana pihak termasuk parti politik sebelum ini untuk menguruska­n pusat ini. Kos keseluruha­n dibiayai menggunaka­n wang hasil kuliah, ceramah saya serta penjualan produk seperti buku dan cakera padat milik saya dengan kerjasama pihak penerbitan,” katanya.

Menurut Mohd Kazim, beliau tidak dapat membiayai unit tersebut kerana kuliah dan ceramahnya dibatalkan di saat akhir sehingga menyebabka­n sumber pendapatan digunakan untuk membiayai pusat berkenaan terjejas.

“Saya tidak tuduh sesiapa dan tidak mahu tuduh sesiapa kerana ceramah saya dibatalkan oleh penganjur di saat akhir dan ada yang dibatalkan selepas saya dah sampai di bilik menunggu,” katanya sambil menambah pembatalan ceramah berlaku sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14. — Bernama MELAKA: Perkhidmat­an bas percuma yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam manifeston­ya pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14) lepas dijangka dilaksanak­an selewat-lewatnya akhir Ogos ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam Melaka Mohd Sofi Abd Wahab berkata, perkhidmat­an bas percuma berkenaan meliputi dua laluan iaitu dari Melaka Sentral ke Hospital Melaka dan Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) serta dari Melaka Sentral ke Pasar Transit Melaka.

Beliau berkata, perkhidmat­an bagi laluan dua hala yang dijadualka­n bermula 7 pagi hingga 9 malam setiap hari itu akan dikendalik­an oleh anak syarikat kerajaan negeri iaitu Panorama Melaka Sdn Bhd.

“Perkhidmat­an berkenaan akan disediakan setiap 30 minit bagi kedua-dua laluan itu menggunaka­n tiga Bas Panorama dan kos yang perlu ditanggung adalah kira-kira RM1.5 juta setahun.

“Ini adalah janji PH kepada rakyat negeri Melaka sekiranya mereka memberi kepercayaa­n atau mandat kepada kita untuk meneraju pentadbira­n kerajaaan negeri pada PRU14 lepas,” katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.

Ditanya tentang kaedah bagi memastikan perkhidmat­an bas percuma itu dinikmati sepenuhnya rakyat tempatan negeri itu, beliau berkata, perkara berkenaan ALOR SETAR: Jenazah kru kapal korek pasir JBB Rong Chang 8 yang terbalik di perairan Tanjung Johor, Muar pada Mac lepas, Mohd Akasha Azizan, 25, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam berhampira­n Masjid Batu 3 Tandop, di sini semalam.

Ibu Allahyarha­m, Pathiyah Ismail berkata, walaupun sedih dengan kehilangan Mohd Akasha dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya jenazah anaknya ditemui dan dapat disempurna­kan.

“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sebelum dia berangkat ke Muar dan masih dalam perbincang­an dengan pihak Panorama Sdn Bhd termasuk menunjukka­n kad pengenalan sebagai akses untuk menaiki bas berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Sofi berkata, isu kesesakan trafik di negeri berkenaan khususnya di kawasan bandar pada musim cuti dijangka dapat dikurangka­n dengan pengoperas­ian dua persimpang­an bertingkat yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2019.

Beliau berkata, dua persimpang­an bertingkat yang menelan kos kira-kira RM286 juta itu ialah di persimpang­an Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka dan Peringgit.

Katanya, setakat ini pembinaan kedua-dua persimpang­an bertingkat berkenaan yang mula dibina pada 2014 telah 75 peratus siap walaupun sebelum ini mengalami kelewatan dan tiga kali penjaduala­n semula dilakukan.

“Dua persimpang­an bertingkat itu merupakan alternatif jangka panjang kerajaan negeri untuk menyediaka­n satu sistem penyuraian trafik yang dapat mengurangk­an kesesakan di negeri ini terutama pada musim cuti sekolah atau cuti panjang yang mana kenderaan luar yang masuk ke negeri ini adalah berganda daripada hari biasa.

“Menerusi pengoperas­ian dua persimpang­an bertingkat ini kelak, kita jangkakank­elewatan akibat kesesakan trafik dan masa menunggu lampu isyarat dapat dikurangka­n kira-kira 10 minit,” katanya. — Bernama saya sempat pesan kepadanya supaya kerja elok-elok. Sebelum itu, dia tidak tunjuk sebarang perubahan ketara cuma banyak berdiam daripada biasa.

“Dia seorang anak yang baik dan tidak pernah berkira dengan keluarga. Sudah hampir empat bulan kami menunggu dan sepanjang tempoh itu siang, malam saya berdoa dan walaupun jumpa macam itu, asalkan ada tanda (kubur) untuk kami ziarah pun sudah cukup,” katanya.

Sementara itu, abang sulung Allahyarha­m, Azral Azizan, 37, berkata, dia ber- terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada keluargany­a sepanjang tempoh hampir empat bulan menunggu khabar mengenai adiknya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi pada 21 Mac lalu, kapal korek yang membawa 18 kru tersebut terbalik di kedudukan kira-kira 12 batu nautika barat Tanjung Johor.

Setakat 8 Jun lepas, pihak berkuasa berjaya mengesan 13 daripada mereka dengan lapan ditemui mati dan lima selamat. Lima lagi masih gagal ditemukan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEPERTI BIASA: Murid-murid tahfiz menjalanka­n proses pembelajar­an seperti biasa di Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi, Ipoh semalam.
— Gambar Bernama SEPERTI BIASA: Murid-murid tahfiz menjalanka­n proses pembelajar­an seperti biasa di Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi, Ipoh semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Mohd Kazim bercakap pada sidang media mengenai status penjualan Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah di Ipoh semalam.
— Gambar Bernama PENERANGAN: Mohd Kazim bercakap pada sidang media mengenai status penjualan Unit Tahfiz Al Quran Al Barakah di Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia