Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Perak sedia membantu pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah

-

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia memberi komitmen untuk membantu pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah yang diasaskan dan dikendalik­an oleh penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias di Manjoi, di sini berikutan kekangan kewangan yang dihadapi pusat berkenaan.

Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya akan mengadakan perbincang­an dengan pihak pengurusan pusat pendidikan itu untuk mengenal pasti kaedah yang sesuai bagi membolehka­nnya terus beroperasi seperti biasa.

“Untuk makluman, pihak kerajaan negeri tidak dimaklumka­n mengenai kekangan dana yang dihadapi oleh pihak pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah sehinggala­h isu berkenaan dilaporkan oleh pihak media dan ditularkan di media sosial.

“Bagaimanap­un, saya komited untuk membantu pengurusan Pusat Pendidikan Al Barakah demi kepentinga­n para pelajar dan para kakitangan­nya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Beliau juga menyambut baik keputusan Mohd Kazim untuk menangguhk­an cadangan penjualan Unit Tahfiz Al- Quran di pusat pen- didikan berkenaan sementara mengadakan perbincang­an dengan kerajaan negeri demi kemashlaha­tan ummah yang mendapat manfaat daripada aktiviti pengajian Islam di pusat itu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menegaskan kerajaan negeri tidak pernah sama sekali, secara langsung atau tidak langsung mengeluark­an arahan mengharamk­an Mohd Kazim daripada berceramah seperti dakwaan yang tular di laman sosial oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

“Biarpun begitu, secara peribadi saya memaafkan pihak tidak bertanggun­gjawab yang terlibat menye- barkan fitnah berkenaan serta mendoakan semoga mereka mendapat pengampuna­n dan petunjuk dari Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Mohd Kazim berkata keputusan sama ada menutup atau tidak unit tahfiz akan diumumkan pada Ogos nanti sementara mengadakan perbincang­an dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.

Pusat Pendidikan Al Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia