Utusan Borneo (Sarawak)

Elliott umum ambil alih AC Milan

-

MILAN, Itali: Tabung kewangan dari Amerika Syarikat (AS), Elliott, mengumumka­n ia telah mengambil alih kelab gergasi bola sepak Itali, AC Milan selepas pemilik kelab dari China, gagal dalam pembayaran semula hutang mereka.

Pengurusan Elliott berikrar untuk menyuntik 50 juta euro untuk membawa kestabilan kewangan di kelab yang muncul juara Eropah sebanyak tujuh kali selepas pemilik kelab, Li Yonghong, terlepas tarikh akhir bayaran semula hutang berjumlah 32 juta euro pada hari Jumaat lepas.

Dalam satu kenyataan pada malam Selasa, Elliott berkata ia tidak sabar dengan satu “babak baharu di AC Milan”. “Selepas mengambila­lih kawalan (pengurusan), visi Elliott untuk AC Milan adalah jelas,” kata tabung kewangan itu. Elliott berkata ia mensasarka­n “untuk mewujudkan kestabilan kewangan dan pengurusan yang cekap; untuk mencapai kejayaan jangka panjang untuk AC Milan dengan memberi fokus kepada perkara asas dan memastikan kelab ditadbir dengan baik dari segi kewangan; dan untuk menguruska­n model operasi lestari yang mematuhi peraturan Kewangan Bersih FIFA.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia