Utusan Borneo (Sarawak)

Jejak masjid, makam tersohor, pemuzik jalanan Indonesia dalam travelog ‘Jelajah Hati’

-

PENYANYI dan komposer terkenal Faizal Tahir bakal muncul sebagai hos sebuah program travelog terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menggunaka­n tajuk ‘Jelajah Hati’, program 13 episod yang menemui penonton mulai 21 Julai ini, setiap Sabtu, jam 12.30 tengah hari di TV1 ini menonjolka­n ikatan silaturahi­m antara Malaysia dan Indonesia yang sememangny­a sangat kuat.

Memaparkan kisah perjalanan Faizal Tahir dalam misinya cuba menjejaki dan berkongsi pengalaman mengenai makam-makam tersohor dan masjid-masjid bersejarah di Pulau Jawa. Beliau sempat juga melawat rumah kebajikan dan sebelum berangkat pulang ke Malaysia, beliau sempat bersama menimba pengalaman dengan satu kumpulan pemuzik jalanan di Jakarta.

Sama-sama ikuti pengembara­an Faizal Tahir bermula dari Surabaya ke Situbondo.

Di situ terletakny­a Pesantren Salafiyah Syafi’iyah Sukorejo.

Antara keunikanny­a pensantren tersebut menerapkan pelajaran muzik kepada pelajarnya sebagai salah satu kaedah berdakwah.

Menariknya Faizal juga berpeluang bertemu dengan empat orang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sana.

Jelajah Hati seterusnya memaparkan beliau meneruskan perjalanan­nya ke Kota Gresik.

Di Kota Gresik, beliau sempat melawat Makam Sunan Giri dan tempattemp­at bersejarah yang lain serta mempelajar­i serba sedikit tentang sejarah Sunan Giri.

Beliau seterusnya ke Makam Sunan Gresik dan diberi penjelasan mengenai kekeliruan yang sering timbul berkaitan dengan salasilah keturunan Sunan Gresik.

Pengembara­an diteruskan dengan mengunjung­i Makam Sunan Drajat yang mencintai fakir miskin dengan memberi makan dan membantu mereka.

Paparan seterusnya adalah barang-barang lama peninggala­n Sunan Drajat seperti beduk, kitabkitab lama dan alat-alat muzik tradisiona­l.

Menarik dalam episod enam menjejaki Makam Maulana Malik Ibrahim Asmoroqond­i yang terletak di Tuban. Beliau adalah bapa kandung Sunan Ampel. Kemudian Faizal meneruskan perjalanan­nya ke Makam Sunan Bonang yang juga terletak di Tuban.

Kisah Masjid Agung Demak turut dikongsika­n dengan meninjau struktur dan asas binaan masjid tersebut sambil bermesra dengan penduduk tempatan mengenai sejarah masjid tersebut.

Meneruskan perjalanan­nya ke Semarang, rumah kebajikan yang menempatka­n kanak-kanak terbiar yang mengalami masalah sosial. Rumah tersebut berperanan menyelamat­kan kanakkanak ini dengan menyediaka­n pendidikan secara lebih tersusun.

Pada awalnya program ini mendapat halangan dari keluarga, kerana kanak-kanak ini adalah sumber pendapatan keluarga sebagai peminta sedekah.

Namun akhirnya mereka akur demi masa depan anak-anak mereka. Di sini juga Faizal Tahir masih bersama-sama dengan penghuni Rumah Rubbik mendendang­kan beberapa buah lagu dan menunaikan solat bersama penghuni.

Dari Semarang Faizal bergerak menuju ke Yogjakarta. Kota penuh seni dan budaya. Beliau berkesempa­tan menonton persembaha­n muzik dan syarahan agama dari Kumpulan Kiai Kanjeng. Kumpulan dakwah ini dipimpin oleh seorang seniman yang bernama Cak Nun. Faizal berpeluang melontarka­n beberapa soalan mengenai agama, muzik dan dakwah.

Kesempatan yang ada digunakan melawat Muzium Keraton Yogjakarta dan Masjid Gede Mataram yang terletak di Kota Gede. Beliau juga mendendang­kan sebuah lagu kepada para pelajar yang kebetulan juga membuat lawatan ke masjid tersebut.

Istimewany­a dalam episod berikutnya Faizal Tahir bertemu Sakti, bekas pemuzik Sheila On 7 yang dikenali kini sebagai Salman Al Jugjawy.

Beliau berbesar hati menceritak­an kisah penghijrah­annya daripada seorang ahli muzik kepada seseorang yang lebih cenderung kepada agama. Tujuannya sebagai pedoman untuk semua. Selepas itu Faizal melawat Makam Sunan Gunung Jati. Makam ini merupakan makam wali terakhir yang dikunjungi.

Beliau meneruskan perjalanan­nya ke Masjid Agung Cirebon atau lebih dikenali sebagai Masjid Agung Sang Cipta Rasa. Beliau diberi taklimat mengenai keunikan masjid ini.

Di samping itu Faizal Tahir sempat bertemu dengan Armand Maulana, vokalis kumpulan muzik Gigi yang cukup dikenali di Indonesia. Kemudianny­a beliau melawat Muzium Wayang Kulit di Jakarta. Kunjungan beliau ke muzium tersebut adalah untuk mengenali sejarah wayang kulit secara lebih dekat.

Episod akhir menemukan Faizal Tahir dengan Pak Herman, seorang penggiat seni muzik gamelan. Beliau menceritak­an sejarah dan perkembang­an muzik ini sehingga pengaruhny­a sampai ke Semenanjun­g Tanah Melayu.

Menurutnya jika di Indonesia muzik gamelan ini mengiringi pelbagai aktiviti seni umpamanya muzik iringan dalam permainan wayang kulit, wayang wong dan lainnya.

Berbeza di negara kita, ia dipersemba­hkan di istana atau di majlis- majlis rasmi kerajaan.

Beliau berbangga dengan inisiatif yang di ambil oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendaulatk­an muzik gamelan ini sebagai salah satu aktiviti pelajar dan menjadikan­nya muzik iringan ketika majlis konvokesye­n universiti tersebut.

Dalam kupasannya beliau amat bersyukur kerana diberi peluang melawat tempat-tempat bersejarah dan banyak pengajaran yang diperolehi­nya sepanjang lawatan tersebut.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? JELAJAH HATI: Faizal Tahir hos travelog ‘Jelajah Hati’, program 13 episod mulai 21 Julai ini, setiap Sabtu di TV1.
JELAJAH HATI: Faizal Tahir hos travelog ‘Jelajah Hati’, program 13 episod mulai 21 Julai ini, setiap Sabtu di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia