Utusan Borneo (Sarawak)

Dua polis maut bertempur dengan ‘Islamis radikal’ di Azerbaijan

-

BAKU: Dua anggota polis maut dalam pertempura­n dengan “Islamis radikal” di bandar raya kedua Azerbaijan, Ganja, dan pihak berkuasa menangkap 40 orang, kata negara Kaukasus itu lewat kelmarin.

“Kira-kira 200 penyokong sebuah pergerakan agama radikal cuba melancarka­n rusuhan di luar sebuah bangunan kerajaan tempatan di Ganja” pada petang kelmarin, kementeria­n dalam negeri menyebut dalam satu kenyataan.

“Dua pegawai maut,” katanya dan menambah polis mengambil masa setengah jam “untuk memulihkan ketenteram­an di tengah Ganja”.

Seramai 40 penunjuk perasaan ditangkap, kata kementeria­n itu.

Agensi berita APA melaporkan pertempura­n itu meletus untuk menyokong seorang lelaki yang ditangkap pada minggu lepas di Ganja kerana disyaki menembak dan mencederak­an datuk bandar.

Pendakwa raya berkata lelaki itu, Unis Safarov, merupakan anggota sebuah “organisasi agama radikal” yang merancang “perbuatan pengganas bertujuan untuk menyemai huru-hara di Azerbaijan, dengan matlamat utama untuk merampas kuasa dan menubuhkan pemerintah­an syariah”.

Safarov, seorang warga Rusia berusia 35 tahun, menjalani latihan ketenteraa­n di Iran dan Syria pada 2016, kata mereka.

Azerbaijan, sebuah negara majoriti Muslim Syiah dan bekas republik Soviet, merupakan salah sebuah negara paling sekular dalam dunia Islam.

Negara yang kaya dengan hasil minyak itu mempunyai reputasi bagi kestabilan politik di bawah pemerin- tahan kukus besi dinasti Aliyev.

Kerajaan Presiden Ilham Aliyev dipercayai bimbang mengenai peningkata­n dalam kemilitana­n Islamis di negara itu, yang segelintir pengulas kaitkan dengan Iran.

Pihak berkuasa cuba mengekang kebangkita­n fahaman Islamis yang ekstrem, tetapi pengkritik Muslim menuduh pasukan keselamata­n menindas Muslim yang taat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia