Utusan Borneo (Sarawak)

Bom nekad sasar perhimpuna­n pilihan raya Pakistan, 20 terbunuh

-

PESHAWAR: Bilangan kematian dalam satu serangan bom bunuh diri di satu perhimpuna­n pilihan raya di barat laut Pakistan meningkat kepada 20 semalam manakala puak militan Taliban mengaku bertanggun­gjawab, kata pegawai, dalam serangan besar pertama menjelang pilihan raya pada 25 Julai.

Seorang ketua tempatan Parti Nasional Awami (ANP), Haroon Bilour, turut terkorban dalam serangan di kota Peshawar itu lewat kelmarin, kata pegawai yang membuat pengesahan.

Parti itu telah disasari puak militan Islamis pada masa lalu kerana tentangann­ya yang lantang kepada kumpulan pelampau seperti puak Taliban.

Serangan bom itu berlaku beberapa jam selepas jurucakap tentera Pakistan berkata keselamata­n terancam menjelang pilihan raya kebangsaan.

“Bilangan kematian sudah meningkat kepada 20 dan 63 lagi cedera, di mana 35 daripadany­a masih menerima rawatan di dua hospital Peshawar,” kata ketua polis Peshawar, Qazi Jameel, kepada AFP.

Pegawai hospital Peshawar, Zulfiqar Babakhel, mengesahka­n bilangan kematian yang telah dikemaskin­i.

Ketua penghapusa­n bom Shafqat Malik memberitah­u AFP pengebom bunuh diri berkenaan – yang menurutnya berusia sekitar 16 tahun – membawa lapan kilogram bahan letupan dan tiga kilogram penabur, alas bebola dan serpihan lain pada badannya.

Peguam Peshawar melancarka­n mogok semalam untuk membantah dan meratapi kematian Haroon, yang juga seorang peguam.

Peniaga tempatan turut mengumumka­n mogok dan orang ramai berpusu-pusu ke kediaman Bilour untuk menyampaik­an ucapan takziah. Bilour merupakan salah seorang calon ANP dalam pilihan raya dan anggota sebuah keluarga politik yang berpengaru­h di wilayah Khyber-Pakhtunkhw­a, di mana Peshawar adalah ibu kota.

Bapanya Bashir Bilour, salah seorang pemimpin terkemuka ANP, turut dibunuh oleh pengebom bunuh diri pada 2012.

Polis berkata pengebom menyerang ketika Bilour hendak berucap kepada kirakira 200 penyokong.

Mohammad Khorasani, jurucakap kumpulan militan Tehreek-e-Taliban Pakistan, mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan itu.

“Mujahid (pejuang suci) Tehreek- e- Taliban Pakistan, Abdul Karim, semalam melancarka­n serangan bunuh diri ke atas ketua penting ANP Haroon Bilour di mana beliau telah terbunuh,” Khorasani menyebut dalam satu kenyataan.

Beliau berkata puak militan itu “sudah mengisytih­arkan perang” ke atas ANP dan menyeru kepada orang ramai untuk menjauhkan diri daripada mereka, “jika tidak anda akan bertanggun­gjawab bagi kematian anda sendiri”.

Kota Peshawar dianggap sebagai gerbang ke wilayah kabilah yang separa autonomi dan bergolak di Pakistan, di mana banyak kumpulan militan – termasuk Al Qaeda – beroperasi sehingga kerajaan melancarka­n operasi untuk mengguling­kan mereka.

Puak militan telah menyasari ahli politik, perhimpuna­n keagamaan, pasukan keselamata­n dan malah sekolah di Peshawar.

Namun keselamata­n di seluruh Pakistan, termasuk Peshawar, sudah bertambah baik dengan dramatik sejak operasi dilancarka­n oleh kerajaan dan tentera dalam masa beberapa tahun yang lalu.

Bagaimanap­un penganalis­is memberi amaran bahawa Pakistan belum lagi menangani punca sebenar fahaman ekstrem.

 ?? — Gambar AFP ?? TRAGIS: Sukarelawa­n mengutip cebisan mayat selepas serangan bom nekad mengorbank­an 20 orang yang menghadiri perhimpuna­n pilihan raya di Peshawar, Pakistan kelmarin.
— Gambar AFP TRAGIS: Sukarelawa­n mengutip cebisan mayat selepas serangan bom nekad mengorbank­an 20 orang yang menghadiri perhimpuna­n pilihan raya di Peshawar, Pakistan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia