Utusan Borneo (Sarawak)

Penceramah televisyen Muslim Turki ditahan atas tuduhan menipu

-

ANKARA: Polis Turki semalam menahan seorang penceramah televisyen Muslim, yang terkenal kerana menyampaik­an pandangan konservati­f ketika dikeliling­i wanitawani­ta berpakaian jarang yang dia panggil “anakanak kucing”, atas tuduhan menipu.

Adnan Oktar, yang turut menolak evolusi dan dianggap oleh pengkritik sebagai ketua sebuah kultus, ditahan bersama hampir 80 orang yang didakwa penyokong atas tuduhan melakukan penipuan, rasuah dan serangan seksual, kata laporan.

Oktar merupakan tokoh kontrovers­i di Turki yang menjadi terkenal kerana programnya dalam saluran televisyen dalam talian A9 dan kerap dikecam oleh golongan ulama di Turki.

Dia menyampaik­an program dikeliling­i wanita- wanita berpakaian jarang dan bermekap tebal – dipercayai telah menjalani pembedahan plastik – yang dia gelar “anak-anak kucing”.

Dia ditahan reman di Istanbul sebagai sebahagian daripada siasatan oleh unit jenayah kewangan polis di bandar raya itu, kata agensi berita Anadolu.

Sebanyak 235 waran tangkap dikeluarka­n dalam operasi besar-besaran ke atas kumpulan berkenaan.

Oktar ditangkap ketika dia cuba melarikan diri, pendakwa raya Istanbul menyebut dalam satu kenyataan, yang dipetik oleh akhbar harian Hurriyet.

Dalam serbuan yang disokong oleh helikopter di Istanbul dan tiga wilayah lain, pegawai sudah menahan 79 orang, akhbar itu melaporkan. Teman-teman wanitanya – “anak- anak kucing” – dipercayai antara mereka yang dicari polis termasuk 106 wanita di Istanbul, Ankara serta di kota-kota selatan Mugla dan Antalya.

Oktar percaya kepada penciptaan dan menolak teori evolusi Darwin dan pernah menulis sebuah buku setebal 770 lembaran ‘The Atlas of Creation’ di bawah nama pena Harun Yahya.

Oktar mula menarik perhatian media pada zaman 1990- an ketika dia menjadi ketua sebuah sekta yang terbabit dalam beberapa skandal seks. Akibatnya, dia menghadapi tuduhan jenayah yang sama iaitu menubuhkan sebuah organisasi jenayah.

Ketua agensi hal ehwal agama Diyanet di Turki, Ali Erbas, berkata pada awal tahun ini bahawa Oktar “kemungkina­n sudah hilang imbangan mental”, yang mencetuska­n pertikaman lidah dengan penceramah televisyen itu.

Pada Februari lalu, pekerja dari Diyanet Turki dan Kesatuan Pekerja Yayasan ( Diyanet- Sen) melancarka­n tindakan undang-undang ke atas Oktar berhubung pelbagai dakwaan termasuk menghina nilai-nilai suci.

Pada bulan yang sama, pihak berkuasa audiovisua­l di Turki, RTUK, mengarahka­n sebuah program yang disampaika­n oleh Oktar untuk berhenti bersiaran sebanyak lima kali dan dikenakan denda kerana ia melanggar kesamarata­an jantina dan memperkeci­lkan kaum wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia