Utusan Borneo (Sarawak)

MAPEX NS 2018 tawar hartanah bernilai RM1.7 bilion

-

SEREMBAN: Ekspo Perumahan dan Hartanah Malaysia (MAPEX NS) 2018 akan menampilka­n hartanah bernilai RM1.7 bilion, kata Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Negeri Sembilan, Jenny Wang Lee Peng.

Acara yang akan diadakan dari 20-22 Julai ini, akan menampilka­n 18 pemaju, mempamerka­n hartanah daripada rumah mampu milik kepada unit mewah.

“Sebagai pameran hartan- ah terbesar di Negeri Sembilan, MAPEX merupakan platform terbaik bagi pembeli rumah untuk menyemak rebat, diskaun dan insentif yang boleh didapati dalam pasaran,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau berkata, dengan jaringan yang lebih baik, penduduk di Lembah Klang mula berpindah ke Negeri Sembilan sejak 10 tahun lalu.

“Negeri Sembilan, yang bersempada­n dengan Selangor, Pahang, Melaka dan Johor, semakin pesat membangun, dan ramai yang ingin menetap, bekerja dan meluangkan masa di sana berikutan sentiasa ada sesuatu yang boleh dilakukan.

“Kami mempunyai jalan raya yang baik dan akses yang mudah kepada banyak lebuh raya, beberapa sekolah antarabang­sa dan kolej universiti, selain cadangan pusat beli-belah AEON Nilai yang baharu yang dijangka menjadi antara pusat beli-belah AEON terbesar di Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia