Utusan Borneo (Sarawak)

Profesiona­l kewangan Gen Y utamakan peningkata­n kerjaya, cabaran kerja: AIF

-

KUALA LUMPUR: Profesiona­l kewangan Generasi Y (Gen Y) ASEAN, memilih peningkata­n kerjaya dan cabaran kerja sebagai keutamaan kerja mereka, kata Institut Kewangan Asia (AIF).

Dalam satu kajian dijalankan AIF bertajuk, ‘Gen Y di tempat kerja: Perspektif ASEAN’ ia menyebut bahawa, Gen Y Malaysia mempunyai kecenderun­gan mengutamak­an perkembang­an kerjaya yang cepat.

Ketua Pegawai Eksekutif AIF, Raymond Madden, berkata kajian itu yang mewakili satu daripada antara kajian komprehens­if serantau seumpamany­a, meneroka sikap Gen Y terhadap jangkaan tempat kerja dan pembanguna­n kerjaya.

“Kajian berkenaan menunjukka­n bahawa, peningkata­n kerjaya dilihat sebagai pemacu paling penting ber- banding gaji,” katanya.

Adalah dijangkaka­n bahawa, menjelang 2030, Gen Y membentuk separuh daripada jumlah penduduk ASEAN dan akan membuat transforma­si tempat kerja di rantau ini.

“Apabila generasi ini bergerak ke kedudukan pengurusan, kejayaan mereka akan memberikan pengaruh besar terhadap kejayaan masa depan ekonomi negara,” katanya.

Kajian itu dijalankan di se- luruh rantau ini membabitka­n lebih 1,900 profesiona­l Gen Y, berumur 20 hingga 34 tahun, dan pengurus daripada institusi kewangan.

AIF adalah pasukan pemikir yang ditubuhkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia bagi meningkatk­an pembanguna­n modal insan dan pengurusan bakat di sektor perkhidmat­an kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia