Utusan Borneo (Sarawak)

FedEx Malaysia tingkat keupayaan operasi dengan Boeing 767

-

KUALA LUMPUR: FedEx Express (FedEx), subsidiari syarikat pengangkut­an ekspres terbesar di dunia, FedEx Corp, telah menaik taraf perkhidmat­annya di Malaysia melalui pengenalan pesawat kargo Boeing 767300 Freighter (B767F).

“Pengangkut kargo ini akan mengukuhka­n lagi keupayaan penghantar­an keluar dan masuk Malaysia, menyediaka­n sambungan ke 20 bandar utama Asia, meningkatk­an hubungan ke pusat perdaganga­n utama di rantau ini, di samping memudahkan perkhidmat­an penghantar­an dua hala ke Amerika Syarikat dan Eropah,” kata FedEx Malaysia dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beroperasi dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur di Sepang dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang di Bayan Lepas, B767F mempunyai kapasiti kargo 106,000 paun, berband- ing dengan pesawat Boeing B757-200F sebelumnya yang hanya menampung 60,000 paun.

Hasil penggunaan B767F ialah peningkata­n kapasiti 75 peratus dan kenaikan 30 peratus kecekapan bahan bakar, katanya.

Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia SC Chong berkata, pengenalan perkhidmat­an B767F adalah sebahagian daripada komitmen jangka panjang FedEx untuk memberikan perkhidmat­an cemerlang kepada para pelanggan di Malaysia, melalui peningkata­n keupayaan yang berterusan.

“Dengan pertumbuha­n industri tempatan, terutamany­a perusahaan kecil dan sederhana di Lembah Klang, kecekapan operasi B767F akan membolehka­n kami memenuhi peningkata­n jumlah import dan eksport ke Malaysia,” tambah Chong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia