Utusan Borneo (Sarawak)

RHB Singapura tandatanga­ni perjanjian pembiayaan hotel bernilai SGD300 juta

-

KUALA LUMPUR: RHB Bank Singapura baru-baru ini menandatan­gani perjanjian pembiayaan hotel dua hala Islam terbesar dunia dengan Royal Group bagi hotel lima bintang bernilai SGD300 juta.

Ketua Perbankan Islam RHB Singapura Nazmi Camalxaman berkata, perjanjian itu yang melibatkan SO Sofitel Singapore Hotel sebagai aset pendasar, merupakan satu daripada urus niaga pembiayaan Islam terbesar dunia bagi hotel.

“Kelainan dalam perjanjian ini ialah aset berkaitan hospitalit­i digunakan untuk pembiayaan Islam yang mana sebelum ini dilihat sebagai bukan kebiasaan berikutan tidak semua pendapatan adalah patuh Syariah,” katanya dalam kenyataan semalam.

SO Sofitel mempunyai 134 bilik hotel yang terletak di tengah-tengah daerah pusat perniagaan. Dibina pada 1927, ia merupakan satu daripada hotel terkenal di pusat bandar yang menjadi tarikan kepada pengembara perniagaan dan pelancong.

Pada April 2016, Majlis Penasihat Syariah dan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia menetapkan bahawa keperluan penjualan alkohol tidak boleh melebihi 20 peratus daripada keseluruha­n pendapatan, tidak lagi terpakai kerana tujuan utama hotel tersebut adalah untuk menyediaka­n penginapan.

“Kami melihat aset perhotelan adalah satu daripada kelas hartanah terbaik di republik itu dan akan terus agresif dalam sektor ini daripada perspektif pembiayaan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Bersama Royal Group of Companies, Bobby Hiranandan­i berkata ini merupakan kemudahann pembiayaan Islam pertama mereka.

“Ia menunjukka­n kumpulan ini terbuka kepada pembiayaan alternatif selagi ia sesuai kepada ekonomi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia