Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama TMP antara Malaysia, Filipina, Indonesia perlu kekal

-

LAHAD DATU: Proses kerjasama pasukan keselamata­n Malaysia, Indonesia dan Filipina dalam Trilateral Maritime Patrol (TMP) bagi menangani ancaman pengganas serta elemen jenayah rentas sempadan di Laut Sulu itu, perlu dikekalkan.

Panglima Wilayah Laut 2, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ganesh Navaratnam berkata inisiatif TMP itu menghasilk­an impak positif apabila tiada insiden penceroboh­an atau penculikan berlaku sejak kerjasama itu diperkenal­kan pada 2017.

“Ini menunjukka­n rondaan TMP yang bukan sahaja di laut, malahan di udara serta perkongsia­n risikan antara tiga negara ini berjaya serta membuktika­n TMP memberi man- faat kepada komuniti maritim di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone),” katanya.

Beliau ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di atas Kapal Auksiliari Tun Azizan sempena pertemuan TMP antara kapal TLDM KD Todak dengan kapal Tentera Laut Filipina (TLF) BRP Miguel Malvar di sini, semalam.

BRP Miguel Malvar diketuai Komander Richard Rosales.

Majlis turut disertai wakil daripada pasukan keselamata­n termasuk Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah, penduduk kampung dan Pengurusan Felda Sahabat.

Ganesh turut berharap proses kerjasama tersebut dapat ditingkatk­an lagi menerusi latihan ketenteraa­n bersama termasuk perkongsia­n maklumat risikan.

“Selain itu, pertemuan sebegini (majlis Aidilfitri) diharap dapat meningkatk­an keyakinan antara kita (pasukan keselamata­n) dan penduduk serta pemerhati luar,” katanya.

Beliau berkata TLDM, khususnya Markas Wilayah Laut 2 bersama rakan operasiona­l tidak akan berkomprom­i terhadap aspek keselamata­n dan terus meningkatk­an kesiagaan serta pengawasan di perairan pantai timur Sabah.

Pertemuan KD Todak bersama BRP Miguel Malvar adalah yang pertama selepas rondaan TMP ke-11.

Sementara itu, Rosales turut senada dengan Ganesh bahawa sejak TMP dilaksanak­an tiada penceroboh­an atau penculikan berlaku. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia