Utusan Borneo (Sarawak)

LPKP Sabah berhasrat tambah bilangan penguat kuasa baharu

-

TAWAU: Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) Sabah berhasrat untuk menambah bilangan kakitangan baharunya khususnya penguat kuasa, dalam usaha memenuhi tuntutan semasa.

Sehingga 31 Disember 2017, lebih 50,000 kenderaan perdaganga­n seperti bas, teksi dan lori direkodkan negeri ini, namun hanya dua penguat kuasa ditempatka­n di setiap pejabat termasuk cawangan di Sandakan dan Tawau.

Pengarah LPKP Sabah Arfian Julian berkata cadangan itu masih pada peringkat kajian penilaian dengan mengambil kira tahap keperluan penambahan kakitangan di negeri ini.

“Kita akan kemukakan cadangan sama ada diluluskan pada tahun ini atau tahun hadapan,” katanya semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka LPKP Tawau di sini, pada Isnin.

Arfian mengakui wujud keperluan penambahan bilangan kekuatan tenaga kerja LPKP di negeri ini namun kelulusan cadangan itu bergantung kepada keputusan pihak atasan.

Menyentuh isu ‘lori hantu’, beliau berkata kenderaan yang tidak memiliki permit dan cukai jalan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan polis.

Ditanya berhubung isu pengusaha atau pemandu bas perjalanan jarak jauh yang mengambil penumpang dari luar terminal, beliau berkata perkara itu dalam pemantauan pihaknya.

“Pengambila­n penumpang sepatutnya dilakukan di terminal sahaja, mereka boleh diambil tindakan jika melanggar peraturan ini kerana menyalahi Akta 334 LPKP,” katanya.

Mengulas lanjut, orang ramai yang menyalurka­n aduan diminta memberikan butiran lengkap seperti nombor plat kenderaan, lokasi kejadian dan nombor telefon pengadu untuk membolehka­n tindakan susulan diambil.

Berhubung perkhidmat­an e-hailing pula, Arfian berkata kerajaan sedang mengkaji polisi sesuai untuk membolehka­n perkhidmat­an terbabit dan teksi menikmati situasi yang adil.

“Permintaan e-hailing sangat tinggi dan kita menggalakk­an pengusaha teksi turut menyertain­ya supaya perkhidmat­an mereka lebih meluas kepada pengguna,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TAMBAH KAKITANGAN: Arfian menjawab soalan pemberita, di samping Ketua Cawangan LPKP Tawau Ediyantto T Eddie.
TAMBAH KAKITANGAN: Arfian menjawab soalan pemberita, di samping Ketua Cawangan LPKP Tawau Ediyantto T Eddie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia