Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tidak mengaku bersalah cederakan ayah kandung

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederak­an ayah kandungnya.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus menetapkan pengurusan kes pada 23 Julai terhadap Mohd Al Rasul Wasran, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan ialah penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh mencederak­an Wasran Sahak@Tuaru, 68, pada 3 Januari jam 4 petang, di sebuah rumah Kampung Lok Kawi Baru, Jalan Bunga Tanjung, Putatan.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan dibenarkan kepada tertuduh yang diperintah­kan terus direman mengikut Seksyen 249 Kaedah Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia