Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet negeri kali ini mempunyai menteri dan pembantu menteri Cina paling ramai

-

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mempunyai bilangan menteri dan pembantu menteri Cina paling ramai dalam sejarah.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata, kini terdapat empat menteri Cina dan empat pembantu menteri Cina dalam Kabinet Negeri.

“Ini sudah pasti akan dapat mengukuhka­n lagi perpaduan antara masyarakat Cina.

“Kami akan berusaha untuk memenuhi jangkaan dan membawa perubahan yang lebih baik kepada masyarakat Cina,” katanya ketika merasmikan sambutan ulang tahun kesembilan Gabungan Persatuan Guangdong Sabah, di sini pada Ahad.

Majlis itu turut menyaksika­n upacara pertabalan keempat Jawatankua­sa Eksekutif merangkumi majlis pertabalan kedua Jawatankua­sa Belia dan Wanita.

Persekutua­n itu terdiri daripada 13 anggota persatuan dari Sabah dan juga ahli ke-40 Gabungan Persatuan Kwang Tung Malaysia.

Sementara itu, Stephen percaya bahawa persatuan komuniti Cina akan menyokong dasar kerajaan yang baharu dan bekerja rapat dengan pentadbira­n yang ada sekarang untuk menjaga kepentinga­n masyarakat Cina.

Beliau juga berkata, bahawa persatuan Cina harus mengetepik­an perbezaan politik dan agama untuk memelihara dan mengembang­kan pendidikan dan budaya mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata 70 peratus penduduk Cina di Sabah berasal dari Wilayah Guangdong, China.

Beliau berkata keturunan ini telah membentuk persatuan mereka sendiri seperti Hakka, Teo Chew dan Sze Yap bagi menyediaka­n kebajikan kepada ahli mereka serta menawarkan insentif akademik kepada anakanak ahli.

Beberapa persatuan yang lebih besar juga telah berkembang maju untuk membina sekolahsek­olah, termasuk Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin Sabah oleh Persatuan Hakka Kota Kinabalu, SJK (C) Hing Hwa, Tawau oleh Persatuan Teochew Tawau dan Sekolah Menengah (SM) Tshung Tsin Tenom oleh Persatuan Tenom Hakka.

Sementara itu, Stephen berkata sumbangan Presiden Gabungan Persatuan Guangdong Sabah Datuk Susan Wong Siew Guen kepada masyarakat Guangdong telah diiktiraf bukan sahaja di Sabah, tetapi juga oleh rakyat Kerajaan Wilayah Guangdong di China.

Tahun lepas, Susan dipilih sebagai penerima anugerah ‘Global 10 Teratas Kantonis Cemerlang’ pada Persidanga­n Global Kantonis tahun lepas, katanya.

Beliau juga menggesa persatuan-persatuan Kantonis yang masih belum menyertai Gabungan Persatuan Guangdong Sabah supaya berbuat demikian.

Semantara itu, Susan berjanji mendapatka­n unit pejabat untuk gabungan secepat mungkin.

Beliau berkata, bekas presiden gabungan itu Datuk Jimmy Yong Kyok Ming telah mem- bina asas yang baik sepanjang tempoh enam tahun dan telah mendapatka­n lebih daripada RM200,000 untuk matlamat gabungan berkenaan.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada semua penaja yang telah menyumbang kepada aspirasi persatuan untuk memiliki pejabat dan dana aktiviti, termasuk penasihat kehormat seumur hidup Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt.

Sekarang dalam tahun keempat kepimpinan­nya, Susan berjanji untuk melakukan yang terbaik untuk Gabungan Persekutua­n Guangdong Sabah.

Beliau berkata Gabungan itu ditubuhkan pada tahun 2009 dengan matlamat untuk menyatukan persatuan klan Guangdong, termasuk Hakka, Sze Yip, Kwong Siew dan Teo Chew.

Beliau berkata persatuan itu turut mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan oleh kerajaan China, termasuk Persidanga­n Kesembilan Gabungan Masyarakat Guandong Sedunia yang diadakan di Vancouver, Kanada pada 26 Mei tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia