Utusan Borneo (Sarawak)

PENGALAMAN PISAHKAN ENGLAND, CROATIA •

Impian The Three Lions ke final pertama sejak 1966 lebur apabila mensia-siakan pendahulua­n 1-0 sebelum tewas 1-2

-

MOSCOW, Rusia: Jurulatih England, Gareth Southgate berkata pasukannya “meninggalk­an segalag a l a n y a d a l a m padang” selepas tewas kepada Croatiadal­am masa tambahan pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 Rabu lepas.

England memburu impian melangkah ke final Piala Dunia yang pertama mereka sejak 1966 tetapi mensiasiak­an pendahulua­n 10 sebelum tewas 1-2.

“Saya fikir dalam separuh masa pertama, kami benar-benar bagus dan mungkin kami boleh menjaringk­an satu lagi gol,” kata Southgate kepada penyiaran ITV.

“Saya tidak dapat meminta lebih banyak lagi dari pemain. Saya fikir saingan kalah mati adalah tentang satu jurang kecil dan apabila anda mempunyai satu tempoh permainan yang baik m e n e n - tangpasuka­n yang k u a t , a n d a p e r l u menyempurn­akan peluang.

“Malam ini kami tidak melakukann­ya tetapi kami akan belajar dari semua ini. Kami meninggalk­an segalagala­nya di sana.”

Southgate berkata pemainnya sangat kecewa tetapi juga skuad muda beliau boleh mencapai sesuatu yang hebat di masa hadapan, dengan Kejohanan Eropah ( Euro) hany a dua tahun lagi. “Ia mustahil untuk berkata apa-apa untuk membuatkan pemain berasa lebih baik ketika ini,” kata beliau. “Kami harus berasa bangga dengan apa yang kami capai. Saya tidak fikir ada orang b o l e h memberikan yang lebih banyak lagi. “Pemainsuda­h keletihan tetapi ia sebahagian­nya kerana usia – mereka masih memerlukan kematangan f i z i k a l . C r o a t i a dibarisi pemain hebat yang memahami tentang perlawanan yang penting seperti ini.

“Pemain mereka sudah mengharung­i perlawanan besar dan mempunyai banyak pengalaman untuk menjadi pasukan yang boleh menang. Mereka harus menggunaka­n pengalaman ini untuk faedah mereka dan saya tahu apa yang berlaku dalam beberapa minggu yang lalu akan menjadikan mereka pasukan yang kuat.”

Harry Kane dilihat akan memenangi anugerah Bola Emas sebagai penjaring terbanyak kejohanan tetapi kapten England itu kelihatan tidak mampu untuk menambah koleksi enam gol beliau pada perlawanan menentang Croatia.

“Saya fikir beliau sudah memberikan segala-galanya untuk pasukan,” kata Southgate.

“Sekarang ia adalah masa untuk kami menjadi lebih kuat sebagai sebuah pasukan dan mengambil masa untuk mengenang prestasi pasukan dalam beberapa hari akan datang. “Beliau mengetuai pasukan dengan hebat sepanjang kejohanan dan saya tidak dapat meminta lebih banyak lagi dari beliau.”

Ia adalah pencapaian terbaik England pada satu kejohanan besar sejak Southgate berada dalam pasukan yang melangkah ke peringkat separuh akhir Euro 1996.

England tiba di Piala Dunia dengan skuad paling kurang berpengala­man dari segi penampilan antarab a n g s a t e t a p i S o u t h - gate berkata kesedihan kekalahan adalah sangat teruk walaupun mereka melepasi jangkaan ramai pihak.

“Kami semua merasai kesaki- tan dari kekalahan ini. Adakah kami menjangkak­an untuk berada pada kedudukan ini (ke separuh akhir)? Saya tidak fikir secara realistikn­ya, tiada seorang pun percaya,” kata beliau.

England akan bermain perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Belgium, yang menewaskan England 1-0 pada perlawanan pusingan pertama.

“Secara jujurnya, ia bukan perlawanan yang dimahukan oleh mana-mana pasukan,” akui Southgate. “Kami mempunyai persediaan hanya dua hari dan kami mahu memberikan satu

prestasi

Saya fikir dalam separuh masa pertama, kami benar-benar bagus dan mungkin kami boleh menjaringk­an satu lagi gol. Gareth Jurulatih Southgate England

 ??  ??
 ??  ?? yang b o l e h d i b a n g - gakan.” — AFP
yang b o l e h d i b a n g - gakan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia