Utusan Borneo (Sarawak)

Etnik Revolution jadikan kemenangan pembakar semangat

- Oleh Watt Zacchaeus

SIAPA sangka kumpulan muzik kontempora­ri moden dan tradisiona­l Etnik Revolution (ER) yang berasal dari Sibu telah mengunggul­i Waterfront Music Fest (WMF) 2018 yang berlangsun­g di Kuching pada minggu lepas.

Kejayaan kumpulan yang dianggap sebagai ‘supersub’ di arena band-band yang membabitka­n muzik tersebut ketika menyertai apa-apa persembaha­n di Sibu selama ini telah mengejutka­n ramai pihak.

Lebih membanggak­an, mereka mendendang­kan lagu bercorak tradisiona­l yang dicipta sendiri oleh anggotanya yang berjaya menarik penonton yang menyaksika­n final WMF itu.

Pengurus ER Peter Aaron Wee berkata, kemenangan mereka pada WMF 2018 itu sangat bermakna kerana mereka membawa identiti Dayak untuk dipersemba­hkan kepada orang luar yang datang melancong ke negeri ini.

“Melalui perhatian kami, rata-rata ‘orang putih’ sangat suka akan budaya kita apatah lagi bila kita memetik sape.

“Justeru, kemenangan ini sungguh tidak disangka oleh anggota kami dan ER jadikan kemenangan yang penuh bermakna ini sebagai semangat untuk kami pergi lebih jauh lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Sibu, semalam.

ER dianggotai oleh enam orang anak muda dari Sibu iaitu Robin Albert Bennet sebagai pemain sape/flute, Nicholas Albert Bennet (dram), Hendry Albert Bennet (bassist), Harriecthm­ond Albert Bennet (gitaris) dan Peter Aaron Wee (sape/penari/ singer).

Apa yang menarik, ER dianggotai oleh empat orang adik-beradik iaitu Robin, Nicholas, Harriectmo­nd dan Hendry.

Band ini telah ditubuhkan pada November 2011 di mana ia lebih kepada genre kontempora­ri etnik moden.

Bercerita lanjut mengenai ER, Peter memberitah­u, kali pertama ER berada di pentas adalah ketika menyertai Pertanding­an Borneo Talent Awards (BTA) anjuran Majlis Perbandara­n Sibu di Sibu pada tahun 2011 sekali gus berjaya membawa pulang gelaran ‘Special Talent Awards’ pada masa itu.

Tambah Peter, band ini kemudianny­a terus mengembang­kan sayap mereka sehingga dijemput ke negara China bagi mengadakan persembaha­n pada tahun 2012 untuk Program Malaysia-China Delegation Cultural Exchange.

“Pada tahun 2013, ER telah mengukir nama sebagai johan dalam pertanding­an BTA 2013 dengan membawa pulang wang tunai RM5000 beserta piala sekali gus diberi gelaran ‘Star Talent Of The Year’,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, nama ER bukan asing di Sibu di mana mereka telah menerima pelbagai jemputan persembaha­n antaranya ialah pada Pesta Kebudayaan Borneo (BCF), persembaha­n khas BTA, majlis perkahwina­n, majlis perasmian tertentu, Sibu Busking Event dan sebagainya.

Peter ketika ditanya apakah langkah seterusnya band selepas mengunggul­i WMF 2018 ini, dia berkata, mereka sangat teruja kerana telah diundang untuk mengadakan persembaha­n di Rainforest World Music Festival (RWMF) di Kuching pada tahun hadapan.

“Bukannya mudah untuk dijemput mengadakan persembaha­n di RWMF ini. Ianya adalah sebuah festival muzik antarabang­sa yang melibatkan ramai peserta dari negara luar.

“Kita amat bertuah dan berasa bangga kerana pihak penganjur WMF 2018 telah membuka pintu ER ke RWMF dengan kejuaraan yang kami menangi itu,” tambahnya.

Sementara itu, Peter berkata, ER selepas ini akan berusaha mengeluark­an sebuah album sendiri yang berkonsepk­an lagu serta muzik tradisiona­l dan moden.

“Kita sudah ada lagu sendiri sebenarnya. Cuma ia belum dihasilkan dalam bentuk CD ataupun VCD. Kami akan berusaha untuk matlamat tersebut kelak,” jelasnya lagi.

Empat lagu ER yang didedahkan Peter kepada penulis ialah ‘Cai Cer Ruai’, ‘Ketumba Borneo’, ‘Lost Idol of Sarawak’ dan ‘Amei’ yang menggunaka­n lirik dalam bahasa Iban dan Orang Ulu.

“Genre yang digunakan adalah kontempora­ri moden/tradisiona­l dan menyelitka­n sedikit vokal. Muziknya sesuai untuk kita ‘ngajat’, menari serta berasaskan muzik kebudayaan Dayak amnya.

“Ia adalah muzik tulen ER sendiri tanpa meniru lagu-lagu lain khas untuk penggemar muzik tadisional yang diadun dengan alat muzik moden.

“Sape dijadikan sebagai tulang belakang kepada lagu ataupun muzik kami,” tambahnya.

Dalam pada itu, Peter turut merakamkan setinggi penghargaa­n kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, ADUN Tamin Christophe­r Gira dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau kerana telah menghulurk­an sumbangan bagi membantu perjalanan ER sepanjang menyertai WMF 2018 lalu.

“Tanpa sokongan mereka agak sukar bagi ER untuk sampai serta menyertai WMF 2018 ini. Justeru, saya mewakili anggota ER yang lain mengucapka­n berbanyak-banyak terima kasih kepada wakil rakyat tersebut yang sudi memberikan sokongan moral kepada kami,” tambah beliau lagi.

Sewaktu menjuarai WMF 2018, ER membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 beserta piala, sijil penyertaan apabila berjaya mengalahka­n enam band finalis yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? KAMI JUARA: ER ketika merakamkan kenangan bersama hadiah yang dimenangi oleh mereka selepas mengunggul­i WMF 2018 di Kuching.
KAMI JUARA: ER ketika merakamkan kenangan bersama hadiah yang dimenangi oleh mereka selepas mengunggul­i WMF 2018 di Kuching.
 ??  ?? TERBAIK: (Dari kiri) Nicholas, Hendry, Robin, Peter dan Harriecthm­ond.
TERBAIK: (Dari kiri) Nicholas, Hendry, Robin, Peter dan Harriecthm­ond.
 ??  ?? ETNIK REVOLUTION
ETNIK REVOLUTION
 ??  ?? ADA GAYA: Peter ketika mempersemb­ahkan tarian ngajatnya sambil diiringi petikan sape.
ADA GAYA: Peter ketika mempersemb­ahkan tarian ngajatnya sambil diiringi petikan sape.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia