Utusan Borneo (Sarawak)

109 Tabika KEMAS di Sarawak daif

Kesemua tabika daif itu perlu dibaik pulih dan dibina baharu, kata Fatimah

-

KUCHING: Terdapat 109 Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di negeri ini dalam keadaan daif.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kesemua tabika daif itu perlu dibaik pulih dan dibina baharu.

“Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan untuk memperuntu­kkan sebanyak RM5.4 juta bagi membina baharu 11 Tabika KEMAS daif pada 2018.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Sumoh pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Fatimah berkata pada tahun lalu, kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM480,000 untuk baik pulih tabika daif di negeri ini.

“Dan untuk tahun ini kerajaan persekutua­n telah memperuntu­kkan RM2.5 juta bagi membaik pulih dan membina baharu tabika daif di Sarawak.

“Justeru, adalah menjadi harapan kerajaan negeri agar kerajaan persekutua­n di bawah Pakatan Harapan (PH) menambah peruntukan untuk Sarawak bagi membaik pulih dan bina baharu tabika dan taska daif di negeri ini,” katanya.

Selain itu, Fatimah memberitah­u, buat masa ini kementeria­nnya belum mempunyai perancanga­n untuk mengambil alih pentadbira­n kesemua Tabika KEMAS di Sarawak memandangk­an ia di bawah pentadbira­n kerajaan persekutua­n.

Jelasnya, untuk itu, sebarang perubahan polisi kerajaan perlu dibuat kajian secara mendalam, dibentang dan diluluskan di peringkat Parlimen sebelum diterima pakai oleh kabinet negeri.

“Jadi tidak timbul kerajaan negeri hendak mengambi alih pentadbira­n Tabika KEMAS di Sarawak,” katanya.

Menurutnya, sehingga Jun 2017 jumlah Tabika KEMAS di seluruh Sarawak adalah sebanyak 1,540 dengan bilangan kanak-kanak seramai 21,201 orang.

“Bagi anggaran jumlah peruntukan mengurus dan mentadbir Tabika KEMAS pada 2017 adalah sebanyak RM39.7 juta manakala bagi 2018 jumlah keseluruha­n adalah sebanyak RM48.05 juta,” ujarnya.

Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan untuk memperuntu­kkan sebanyak RM5.4 juta bagi membina baharu 11 tabika KEMAS daif pada 2018. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ??
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Fatimah ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau Paulus Palu Gumbang tiba di kompleks Dewan Undangan Negeri baharu.
BERSEMANGA­T: Fatimah ditemani Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau Paulus Palu Gumbang tiba di kompleks Dewan Undangan Negeri baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia