Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja mengaku salah bantu ceti haram

-

MIRI: Seorang remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Juvana semalam terhadap tuduhan membantu ceti haram.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Ogos depan untuk mendengar laporan akhlaknya yang akan dibentangk­an oleh pegawai penasihat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, juvana terbabit dibenarkan dibebas dengan jaminan RM1,000 berserta seorang penjamin tempa- tan yang merupakan ahli keluargany­a sementara menunggu tarikh tersebut.

Juvana terbabit, 17, dari Kulai, Johor telah didakwa mengikut Seksyen 29AA (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan dibawa bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduhbo­lehdikenak­an hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n pertuduhan kes, juvana terbabit didapati telah membantu pemberi pinjam wang tidak berlesen.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah hari, 9 Julai lalu di hadapan sebuah bank di Pusat Komersil Pelita di sini.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa, manakala juvana terbabit tidak diwakili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia