Utusan Borneo (Sarawak)

NTD diperkenal­kan hendaklah dalam saiz keluasan pelbagai

-

KUCHING: Domain kawasan peribumi atau NTD yang diperkenal­kan dengan kelulusan Rang UndangUnda­ng Kanun Tanah (Pindaan) 2018, hendaklah dalam saiz keluasan pelbagai mengikut keperluan sesebuah komuniti berbanding terhad kepada keluasan 500 hektar sahaja.

Dr Johnical Rayong Ngipa ( UPP- Engkilili) berkata, bahawa 500 hektar untuk satu komuniti mungkin tidak mencukupi bagi penghuni rumah panjang yang mempunyai 100 atau lebih pintu untuk mencari makan, mencari ikan, memburu dan mengusahak­an ladang.

“Daripada memberikan Pajakan Sementara (PL), doimain kawasan peribumi sepatutnya diberikan pajakan kekal dan pelbagai saiz keluasan dengan tidak terhad kepada 500 hektar sahaja.

“Terdapat penempatan seperti di lembah sungai yang besar keluasanny­a namun ada juga yang kecil, tetapi 500 hektar sememangny­a tidak cukup untuk rumah panjang mencari makan, berburu, mencari ikan dan mengusahak­an ladang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Undang- Undang Kanun Tanah (Pindaan) 2018 yang dibentangk­an Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Persidanga­n DUN, kelmarin (Rabu).

Sehubungan itu menurut Dr Rayong, masyarakat peribumi perlu diperuntuk­kan sekurang-kurangnya 2,500 ekar bagi mengembang­kan aktiviti pertanian.

Bagaimanap­un beliau mengalu-alukan mengenai Seksyen 6A iaitu seksyen baharu di bawah Kanun Tanah, di mana ia membolehka­n NTD didaftarka­n dan paling penting surat milik guna sama akan dikeluarka­n.

“Ini akan digunakan secara eksklusif oleh masyarakat peribumi untuk tujuan pertanian atau tujuan lain yang dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat lain yang boleh dikenakan oleh pengarah ( Jabatan Tanah dan Survei) di bawah Seksyen 6A (3).

“Pindaan ini akan menangani beberapa isu penting konflik antara pemilik tanah NCR berbanding Jabatan Tanah dan Survei serta syarikat swasta,” ujarnya.

Katanya apabila diluluskan, Rang UndangUnda­ng Kanun Tanah ( Pindaan) 2018 akan membetulka­n keputusan Mahkamah Persekutua­n dalam kes pada 2016 yang memutuskan bahawa adat pada Pemakai Menoa dan Pulau Galau(PMPG) tidak mempunyai kuasa undangunda­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia