Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat termasuk di luar bandar Sarawak akan rugi jika projek terutama jalan dan jambatan tidak diteruskan: Julaihi

-

KUCHING: Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berharap projek-projek infrastruk­tur terutama jalan dan jambatan di Sarawak akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Jelas Julaihi, jika projek-projek ini tidak diteruskan, yang rugi adalah rakyat dan negeri ini termasuk rakyat luar bandar Sarawak.

Justeru beliau berharap Ahli Parlimen PH dari Sarawak bersama Menteri Kerja Raya Baru Bian dapat merayu kepada kerajaan PH agar mengetepik­an perbezaan politik dan memberikan keutamaan kepada rakyat luar bandar Sarawak.

“Selepas kerajaan pusat bertukar tangan kepada PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) banyak projek yang sepatutnya boleh dilaksanak­an di bawah kerajaan pusat dalam keadaan tidak pasti.

“Jika projek ini tidak diteruskan, rakyat akan menilai sama ada kerajaan PH ikhlas membantu rakyat luar bandar Sarawak,” katanya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Terdahulu ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Abdul Wahab Aziz (PBB-Kalaka), Julaihi berkata kerja fizikal bagi projek naik taraf Jalan Bajau/Kampung Kupang dan projek pembinaan jambatan menyeberan­gi Sungai Krian di pekan Saratok dijangka bermula pada pertengaha­n 2019.

Kedua-dua projek yang dibiayai kerajaan persekutua­n ini adalah tertakluk kepada arahan lanjut daripada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berpanduka­n kepada surat rasmi daripada Kementeria­n Kewangan bertarikh 29 Jun 2018.

Projek ini katanya, diklasifik­asikan sebagai kategori B (sederhana kritikal) dan ia perlu dirujuk semula kepada Unit Perancang Ekonomi untuk pertimbang­an semula.

Berhubung skop menaik taraf jalan dari Kampung Kupang ke Simpang Jalan Bajau pula, Julaihi berkata ia terbahagi kepada dua iaitu menaik taraf jalan ladang permukaan berbatu kepada jalan berturap sepanjang 20 kilometer (km) dan jalan utama derta jalan akses sepanjang 8.3km melibatkan Jalan Akses (Jalan Rumah Anau, Jalan SK Entebu, Jalan Rumah Lakun, Jalan Rabiah Sungai Ara dan Jalan Selambong.

Skop kedua pula melibatkan bina baharu, menambah baik dan menaik taraf beberapa jambatan kecil, pembetung, longkang tepi jalan dan bahu jalan serta pemasangan perabot jalan dan papan tanda jalan dengan siling projek RM90 juta.

Mengenai pembinaan jambatan menuju ke pekan Saratok pula, jambatan ini menurut Julaihi adalah sepanjang 300 meter termasuk membina jalan baharu sepanjang 1.5km yang bakal menghubung­kan pekan Saratok dengan Jalan Bajau, juga dengan siling projek RM90 juta.

Selepas kerajaan pusat bertukar tangan kepada PH selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) banyak projek yang sepatutnya boleh dilaksanak­an di bawah kerajaan pusat dalam keadaan tidak pasti. Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

 ??  ?? Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa
Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Agnes Tugong, Nick Fletcher, Rusnan Mustafa
 ??  ?? JAWAB: Julaihi menjawab pertanyaan lisan daripada Abdul Wahab pada Persidanga­n DUN yang memasuki hari keempat semalam.
JAWAB: Julaihi menjawab pertanyaan lisan daripada Abdul Wahab pada Persidanga­n DUN yang memasuki hari keempat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia