Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah air di Engkilili/Skrang akan diatasi

-

KUCHING: Masalah kekurangan air dan terputus bekalan yang sering melanda penduduk di kawasan Engkilili/Skrang akan diatasi.

Menteri Muda Bekalan Air Datuk Liwan Ladang berkata, kerajaan merancang Projek Bekalan Air Luar Bandar ( BALB) Kawasan Lubok Antu Fasa Kedua, Bahagian Sri Aman untuk mengatasi masalah tersebut.

“Projek tersebut kini dalam peringkat reka bentuk dan dianggarka­n sebanyak 212 isi rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Engkilili akan mendapat bekalan air terawat daripada projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnichal Rayong Ngipa berhubung perkara tersebut pada Persidanga­n DUN di sini semalam.

Ditanya anggaran kos projek tersebut, Liwan menjelaska­n bahawa kosnya dianggarka­n RM121 juta.

“Skop projek ini pula merangkumi penambahan kapasiti loji rawatan air, pembinaan saluran paip, takungan dan sistem,” katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan ADUN Kedup Martin Ben berhubung peratusan pelaksanaa­n projek bekalan air terawat sepanjang Jalan Mongkos dan Jalan Mentung Merau, beliau berkata, projek tersebut kini daam peringkat pembinaan.

“Untuk makluman ahli Yang Berhormat Kedup, projek bekalan air luar bandar kawasan Mentong Merau/ Mongkos kini mengikut jadual dengan kemajuan fizikal sebanyak 16 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia