Utusan Borneo (Sarawak)

DUN lulus dua Rang UndangUnda­ng Perbekalan Tambahan

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam meluluskan Rang UndangUnda­ng Perbekalan Tambahan (2017) 2018 dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2018) 2018 yang dibentangk­an Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

“Anggaran Tambahan Pertama Perbelanja­an Biasa, 2017, memerlukan dewan meluluskan RM220,851,572 dan ia diperlukan oleh pelbagai kementeria­n dan jabatan. Jumlah ini diperlukan sama ada telah dijanjikan daripada tabung atau lanjutan Dana Luar Jangkaan.

“Manakala RM29,187,982 diperlukan untuk Anggaran Tambahan Pertama Perbelanja­an Pembanguna­n, 2017. Jumlah ini diperlukan bagi menampung perbelanja­an tambahan diperlukan oleh pelbagai kementeria­n dan jabatan pada 2017,” katanya.

Beliau menambah, jumlah tambahan itu bagi memenuhi keperluan mendesak dalam melaksanak­an program-program pembanguna­n dan projek sepanjang 2017.

Katanya antara kementeria­n dan jabatan yang memerlukan peruntukan tambahan pada 2017 ialah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (RM11,054,330), Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli (RM10,941.970), Kementeria­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Keusahawan­an (RM3,549,232), Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan ( RM1,932,110) dan Setiausaha Kewangan Negeri (RM1,710,070).

Sementara itu katanya, Anggaran Tambahan Pertama Perbelanja­an Biasa 2018, peruntukan tambahan diperlukan ialah RM2,648,148,090.

“Daripada jumlah ini, RM2,500 disumbangk­an kepada Dana Berkanun bagi tujuan pembanguna­n. RM148,148,090 lagi diperlukan untuk menampung pelbagai perbelanja­an oleh pelbagai kementeria­n atau jabata,” katanya.

Menjelas lanjut, sejumlah RM54,160,100 diperlukan oleh Jabatan Ketua Menteri untuk menyewa pesawat berjumlah RM22,000,000, sumbangan kepada Tabung Amanah Sambutan Hari Sarawak bagi menganjurk­an enam perayaan negeri utama berjumlah RM31,560,100 dan perayaan di ambang Tahun Baharu 2019 berjumlah RM600,000.

Manakala RM35,000,000 diperlukan di bawah Pentadbira­n Am untuk pembayaran elaun kepada pemimpin masyarakat­danRM25,300,000 bagi Jabatan Kerja Raya bagi mengurus perkhidmat­an feri di Sarawak.

“RM12,077,700 diperlukan oleh Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi menganjurk­an Kempen Tahun Melawat Sarawak 2019 serta Kejohanan Renang Para Dunia 2018 dan Kejohanan Master Asia Ke-12, 2019.

“RM5,386,750 diperlukan oleh Kementeria­n Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak untuk menganjurk­an Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Sukan Orang Kurang Upaya 2018.

“Jabatan Bekalan Air Luar Bandar memerlukan RM12,700,000 untuk membeli bekalan air terawat daripada Lembaga Air Kuching manakala Jabatan Perkhidmat­an Veterinar memerlukan RM2,933,540 untuk operasi dan penyelengg­araan Loji Biogas di kawasan ternakan babi di negeri ini,” katanya.

“J u m l a h s e b a n y a k RM590,000 diperlukan oleh Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi sebagai geran operasi untuk Majlis Pembanguna­n dan Penyelidik­an Sarawak,” katanya.

Di bawah Anggaran Tambahan Pertama Perbelanja­an Pembanguna­n 2018, Wong berkata jumlah tambahan sebanyak RM3,572,491,460 diperlukan untuk memenuhi keperluan tambahan bagi melaksanak­an pelbagai projek dan program pembanguna­n pada tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, beliau berkata Setiausaha Kewangan Sarawak memerlukan RM3,427,450,600, antaranya untuk mendapatka­n 15 peratus saham dalam MLNG Tiga (RM2,592,689,600), membayar balik koleksi ses balak di Kawasan Konsesi Yayasan Sarawak (RM150,000,000), Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Kuching, Lundu dan Lawas ( RM50,000,000), cadangan bagi melaksanak­an dan menyiapkan Penambahan Kampung Tatus Fasa I oleh Lembaga Pembanguna­n Bintulu ( RM15,000,000), dan Kerja Membina Pancutan Muzik dan Tebingan Sungai yang dicadangka­n di DUN oleh DBKU (RM33,761,000).

Beliau berkata Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan memerlukan RM6,000,000 untuk menaik taraf tebingan sungai (tapak Pesta Benak) di Sri Aman.

“RM84,000,000 lagi diperlukan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an untuk melaksanak­an projek-projek jalan di Kuching dan Sarikei.

“Manakala RM31,500,000 digunakan oleh Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah bagi melaksanak­an pelbagai projek pertanian dan program vetenari di seluruh Sarawak,” kata Wong.

Beliau menambah, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar, Alam Sekitar dan Sumber Asli memerlukan RM5,235,860 untuk skim pembesaran Kampung Sadong Jaya manakala Kementeria­n Pembanguna­n Perindusti­an dan Pembanguna­n Keusahawan­an memerlukan RM9,000,000 untuk Bio-Valley Satellite Miri.

“Dan yang terakhir, RM9,305,000 diperlukan oleh setiausaha kerajaan negeri untuk membiayai tujuh kajian yang sedang dilaksanak­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia