Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak bangun 122 unit RMM di Kampung Bunga Rampai

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Perbadanan Pembanguna­n Perumahan ( HDC) sedang membangunk­an 122 unit Rumah Mampu Milik (RMM) di Kampung Bunga Rampai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

Perkara ini dinyatakan Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee sebagai menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang pada Persidanga­n DUN semalam.

“Projek ini dibiayai di bawah bajet Rancangan Malaysia Ke- 11 Kerajaan Sarawak di mana setakat ini, kemajuan fizikal projek adalah 25 peratus,” kata Dr Annuar.

Jelas Dr Annuar lagi, keutamaan bagi pemilikan unit RMM ini diberikan kepada komuniti tempatan yang terjejas oleh hakisan sungai di Kampung Bunga Rampai.

Menjawab pertanyaan tambahan daripada ADUN yang sama, Dr Annuar berkata projek dijangka siap pada 14 Oktober tahun depan.

Katanya dua jenis rumah terlibat dalam projek ini, satu daripadany­a dibina pada keluasan 700 kaki persegi merangkumi dua bilik air, tiga bilik tidur, satu ruang makan dan satu ruang tamu.

Dalam perkembang­an lain, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi berkata Yayasan Sarawak telah memberikan biasisiswa, pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan kepada 159,798 pelajar sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi dan teknikal sejak 1971.

Bagi tempoh 2007 hingga 2017 katanya, bilangan penerima biasiswa dan pinjaman pendidikan adalah seramai 11,103 ( Dayak), 11,944 (Melayu/Melanau) dan 3,501 bukan Bumiputera dengan keseluruha­n 26,584 penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia