Utusan Borneo (Sarawak)

KM terima kunjungan pengarah Pejabat Wilayah Kementeria­n Luar

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam, menerima kunjungan pertama daripada Pengarah baharu Pejabat Wilayah Kementeria­n Luar Deddy Faisal Salleh.

Kunjungan rombongan berkenaan diadakan di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Deddy ketika ditemui pemberita berkata, tujuan kunjungan berkenaan adalah untuk menjelaska­n kepada Ketua Menteri mengenai peranan dan fungsi pejabat wilayah kementeria­n itu.

“Sebenarnya peranan kami adalah membantu Kerajaan Sarawak dari segi protokol melibatkan kunjungan dari luar negara dan perkara seumpamany­a.

“Kunjungan pada hari ini adalah mesyuarat dan taklimat ringkas untuk memaklumka­n kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri mengenai peranan dan fungsi pejabat wilayah,” katanya.

Menurut Deddy, pejabat wilayah berkenaan sudah berada di Sarawak sejak 2011.

Tambahan kata beliau, pengarah yang terdahulu mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dengan Kerajaan Sarawak.

“Maka saya akan meneruskan kerjasama yang baik dengan Kerajaan Sarawak.

“Meskipun pejabat kami agak kecil dalam lingkungan tidak lebih daripada 10 orang kakitangan tetapi kami komited untuk memainkan peranan dengan aktif,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia