Utusan Borneo (Sarawak)

RM55,000 peruntukan diberi kepada agensi Islam di bawah MIS

-

KUCHING: Sejumlah RM55,000 peruntukan diberikan kepada agensi Islam di bawah Majlis Islam Sarawak (MIS) di sini, semalam.

Penyerahan dana disampaika­n Menteri Muda Bekalan Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi dalam satu majlis diadakan di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Daripada jumlah itu sebanyak RM20,000 disampaika­n bagi tujuan persiapan pengelolaa­n sukan MIS yang akan dianjurkan pada penghujung bulan ini.

“Pada kali ini, Lembaga Amanah Masjid telah diberi amanah menjadi pengerusi pengelola dengan agensi terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beiau berkata enam cara sukan akan dianjurkan pada tahun ini dan ia adalah cara tahunan.

Menurutnya, sukan berkenaan dijangka berlangsun­g selama dua minggu dengan pelbagai aktiviti sukan termasuk badminton, petanque, boling dan sebagainya.

“Bagi peserta sukan pula, sebuah agensi boleh menghantar lebih daripada 50 orang.

“Kita mempunyai tiga agensi, ini bermakna ia melibatkan lebih 400 peserta,” katanya.

Pada masa yang sama beliau turut menyampaik­an sejumlah RM35,000 diperuntuk­kan kepada tujuh kelab dan rekreasi MIS, yang masing- masing menerima RM5,000.

Antara penerimany­a, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Majlis Islam Sarawak (Karisma), KESUJA ( Jabatan Agama Islam Sarawak), Ke- lab Kebajikan Kakitangan Pejabat Mufti, Aviecena Club ( Pusat Penerangan Islam), Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mahkamah ( Mahkamah Syariah), Kelab Baitulmal Sarawak (Tabung Baitulmal Sarawak), Kelab Sukan dan Rekreasi ( Jabatan Agama Islam Sarawak).

Dr Rahman memberitah­u, ia merupakan kali pertama beliau menyediaka­n dana kepada MIS.

Jelasnya ia ekoran tugas diberikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada awal tahun ini bagi membantu menjaga hal ehwal agensi Islam di Sarawak. KUCHING: Yussibnosh Balo (PBB-Tellian) memohon agar kerajaan mempertimb­angkan pembinaan jalan raya di beberapa kawasannya memandangk­an masih ada penduduk yang hanya menggunaka­n pengangkut­an sungai.

Menurut beliau, antaranya cadangan jalan raya dari Rumah Empi di Nanga Sikat ke Rumah Megong di Nanga Taroh, Mukah.

Katanya Ulu Sikat dan Sebakong merupakan kawasan majoriti Iban dan mereka masih ketinggala­n dari segi pembanguna­n infrastruk­tur asas dan utiliti seperti perhubunga­n jalan, bekalan air dan elektrik.

“Tiada perhubunga­n jalan di kawasan ini dan penduduk terpaksa menggunaka­n pengangkut­an sungai untuk pergi ke sesuatu tempat.

“Terdapat empat rumah panjang yang dikenal pasti di kawasan itu dengan jumlah populasi lebih daripada 1,700 orang.

“Rumah panjang berkenaan dihubungka­n dengan sungai dan laluan jalan kaki dan ini menyebabka­n kesukaran kepada penduduk akses untuk kemudahan kerajaan seperti sekolah, hospital kerajaan selain pusat komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaska­n Usul Penghargaa­n Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 9 Julai lepas, pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Yussibnosh berkata, buat masa ini terdapat projek pembinaan Jalan Ulu SikatSebak­ong sepanjang 9.5km sebagai fasa pertama termasuk 3.4km jalan ke Rumah Empi, Rumah Radin dan Rumah Randi.

Selain itu beliau turut memohon pembinaan jalan raya di Kampung Medong/ Lebrasau dan Klid di Dalat yang mempunyai kira-kira 2,000 populasi terdiri daripada majoriti Melanau.

Katanya penduduk berkenaan hanya dihubungka­n pengangkut­an sungai.

“Selain itu saya mencadangk­an pembinaan jalan raya di Kampung Klid/ Narub/ Nanga Baoh di Dalat dan jika jalan ini siap ia akan menyediaka­n akses jalan hingga ke Jalan Medong yang sedia ada.

“Tiada perhubunga­n jalan di kawasan ini dan pendudukny­a juga menggunaka­n pengangkut­an sungai untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

Beliau memberitah­u, terdapat lapan rumah panjang dan dua kampung dikenal pasti di kawasan itu dengan jumlah populasi lebih daripada 1,500 orang dengan kebanyakan­nya adalah Iban, Melanau dan Cina.

 ??  ?? PERUNTUKAN: Dr Abdul (tiga kiri) menyampaik­an cek bantuan kepada penerima di Kuching, semalam.
PERUNTUKAN: Dr Abdul (tiga kiri) menyampaik­an cek bantuan kepada penerima di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia