Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Mandarin Repok Sarikei anjur ceramah kesihatan

-

SARIKEI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Mandarin Repok Sarikei dengan kerjasama KPJ Sibu Specialist Medical Centre (SSMC) akan menganjurk­an ceramah kesihatan.

Dalam program ini, penceramah jemputan iaitu Dr Ling daripada KPJ akan menyampaik­an ceramah berkaitan penyakit tekanan darah tinggi, kandungan gula dalam darah dan masalah kolesterol.

Program ini akan berlangsun­g pada Ahad ini di Tingkat 1, Saujana Book Store, bermula jam 6.30 petang.

Program ini adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan tajuk yang telah dinyatakan.

Pada masa yang sama, pihak penganjur turut menyediaka­n khidmat pemeriksaa­n tekanan darah dan ujian glukosa darah secara percuma kepada mereka yang hadir pada program ini nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila hubungi pengerusi pengelola Ling Moh Fu di talian 016-5729593 atau Presiden JCI Mandarin Repok (0178095922).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia