Utusan Borneo (Sarawak)

Tanpa pengurusan terancang, projek boleh mengakibat­kan masalah kebersihan yang akan burukkan imej Miri

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Pembinaan 66 gerai dan 12 bilik air di Wireless Walk Jalan North Yu Seng dilihat sesak dan tidak realistik untuk dibina di laluan pejalan kaki.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo berkata, tanpa pengurusan terancang, projek tersebut boleh mengakibat­kan masalah kebersihan yang akan memburukka­n imej Miri sebagai bandar raya peranginan dan pelanconga­n.

“Setelah menerima banyak kebimbanga­n, aduan dan cadangan tentang projek menaik taraf Wireless Walk, Pejabat Parlimen Miri mencadangk­an agar projek tersebut dihentikan sementara untuk menunggu semua pihak berkepenti­ngan membincang­kan cara pelaksanaa­n lebih teratur,” jelas Dr Teo dalam kenyataan medianya semalam.

Projek dikenali sebagai Koridor Pelanconga­n itu antara usaha Kerajaan Sarawak memeriahka­n suasana per-

Setelah menerima banyak kebimbanga­n, aduan dan cadangan tentang projek menaik taraf Wireless Walk, Pejabat Parlimen Miri mencadangk­an agar projek tersebut dihentikan sementara untuk menunggu semua pihak berkepenti­ngan membincang­kan cara pelaksanaa­n lebih teratur. Dr Michael Teo Ahli Parlimen Miri

niagaan dan pelanconga­n di North Yu Seng yang merupakan kunjungan popular penduduk dan pelancong khasnya pada waktu malam.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitah­u, berdasarka­n isu yang diutarakan, ramai menyatakan projek tersebut bukan di atas permintaan awam malah pembinaann­ya kelak akan memburukka­n masalah kesesakan lalu lintas di North Yu Seng.

Di samping itu, selain sesak dengan gerai di laluan yang hanya sepanjang 500 meter, saiz setiap gerai juga terlalu kecil.

Mengulas lanjut aspek kebersihan, isu sanitasi (bahan buangan termasuk kumbahan) juga menimbulka­n kebimbanga­n besar kerana laluan sedia ada tidak memiliki peruntukan untuk rawatan kumbahan kerana pada asalnya dibina hanya sebagai laluan pejalan kaki.

“Pengurusan sisa memerlukan pemantauan dan pengawasan meluas kerana penyediaan gerai percuma sebelum ini berakhir dengan masalah sampah yang mencemar pemandanga­n untuk sebuah bandar raya pelanconga­n,” jelas beliau.

Dr Teo memberitah­u, kurang ketelusan tentang adanya penilaian kesan kesesakan lalu lintas, alam sekitar dan penglibata­n pihak berkepenti­ngan mewujudkan kebimbanga­n masyarakat peniaga di sekitarnya.

Beliau menambah, pejabat khidmat beliau akan memastikan projek yang dilaksanak­an akan memberi manfaat kepada semua rakyat Miri.

Selain mengunjung­i pejabat, penduduk juga boleh mengemukak­an cadangan dan aduan di laman Facebook https://www.facebook.com/ drmichaelt­eo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia