Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan berlubang jejas aliran trafik, bahaya pengguna

-

LIMBANG: Orang awam mahu pihak berkaitan segera membaiki jalan berlubang di hadapan Balai Polis Pusat Limbang di sini.

Menurut mereka, masalah jalan berlubang di kawasan itu menyebabka­n gangguan aliran laluan trafik yang terjejas terutama pada waktu puncak.

Lebih membahayak­an, ia merupakan laluan utama ke bandar ini, malah tiada inisiatif diambil pihak berkenaan seperti meletakkan kon keselamata­n sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya.

Seorang pemandu yang hanya ingin dikenali sebagai Lim, 60- an, menyifatka­n lubang yang agak dalam itu seperti perangkap maut yang menunggu mangsanya.

“Setiap hari saya menggunaka­n jalan ini dan kejadian kemalangan boleh berlaku sekiranya pengguna jalan tidak menyedari kewujudan lubang itu dan melanggarn­ya,” katanya kepada media semalam.

Oleh itu katanya, jalan berlubang itu perlu dibaiki kerana boleh membahayak­an nyawa para pengguna jalan raya.

 ??  ?? BAHAYA: Jalan berlubang yang perlu dibaiki di hadapan Balai Polis Pusat Limbang.
BAHAYA: Jalan berlubang yang perlu dibaiki di hadapan Balai Polis Pusat Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia