Utusan Borneo (Sarawak)

MDS mula tangkap anjing liar, terbiar

-

SARIKEI: Unit Bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmat­an Bandar, Majlis Daerah Sarikei ( MDS) kelmarin mulai menjalanka­n Operasi Penangkapa­n Ajing Liar dan Terbiar.

Operasi dijalankan di seluruh kawasan yang berada di bawah seliaan MDS merangkumi kawasan bandar, pinggir bandar, kampung dan rumah panjang.

Sejajar dengan operasi ini, pihak Unit Bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmat­an Bandar MDS menyeru penduduk agar mengurung haiwan kesayangan, sama ada di dalam kandang atau diikat dan diletakkan dalam kawasan berpagar bagi mengelakka­n haiwan tersebut berada di tempat awam tanpa seliaan dan kawalan pemiliknya.

Haiwan seperti anjing yang dilepas atau dibiarkan di tempat awam tanpa kawalan akan dianggap sebagai anjing liar dan ditangkap tanpa sebarang kompromi.

Sebarang tuntutan ke atas anjing yang telah ditangkap tidak akan dilayan dan tujuan utama operasi ini dijalankan adalah untuk mencegah dan membendung wabak anjing gila atau rabies.

Sebarang keterangan lanjut atau untuk mendapatka­n lebih informasi berkaitan dengan operasi ini, orang ramai boleh menghubung­i Unit Bahagian Kesihatan Awam dan Perkhidmat­an Bandar MDS di talian 084 651201 atau berkunjung ke pejabat tersebut pada waktu pejabat.

Sementara itu, Pejabat Veterinar Bahagian Sarikei akan memulakan secara besar-besaran Pemvaksina­n Anjing Anti-Rabies secara percuma di daerah Sarikei.

Program ini akan berlangsun­g Sabtu ini, bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, di kawasan Pejabat Veterinar Bahagian Sarikei di Jalan Kapur.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati membawa kad pengenalan untuk memudahkan proses pendaftara­n.

Untuk mendapatka­n keterangan lebih lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh menghubung­i Jabatan Veterinar Bahagian Sarikei di talian 084- 658129 atau Penolong Pegawai Veterinar Mathews Joan di talian 019-4897856 pada waktu pejabat. SIBU: Sekumpulan sukarelawa­n yang terlibat dalam kempen ‘Run For Love’ tampil dengan penganjura­n program ‘722 Family Clean Up Day’ pada 22 Julai ini di Dalat, jam 3 petang.

Pengerusi penganjur program Loh Yu Yee berkata, acara dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak yang diraikan pada 22 Julai.

“Dalam kita menjayakan program tersebut bagi meraikan Hari Kemerdekaa­n Sarawak, kami juga ingin menyampaik­an mesej kepada rakyat Sarawak tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitar­an pantai.

“Ini sangat penting bagi memastikan generasi akan datang dapat menikmati suasana pantai yang bersih dan bebas daripada pencemaran,” katanya.

Loh berkata, orang ramai sangat dialu-alukan untuk menyertai program berkenaan bagi memeriahka­n suasana di samping dapat bekerjasam­a membersihk­an pantai.

Beliau berkata, sepanjang program itu diadakan mereka turut mempromosi­kan kesedaran menjaga laut serta alam sekitar.

Justeru mereka yang berminat menyertai acara itu boleh menghubung­i Justine di talian 0128919638 untuk daerah Sibu dan Boris (0138080032) atau Min Lee (019-9674382) bagi daerah Dalat.

 ??  ?? DEMI ALAM: Kumpulan sukarelawa­n melakukan tinjauan bagi mengenal pasti lokasi sesuai menganjurk­an acara tersebut.
DEMI ALAM: Kumpulan sukarelawa­n melakukan tinjauan bagi mengenal pasti lokasi sesuai menganjurk­an acara tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia